Wednesday, December 4, 2013

what to do??

salam dunia...
hmmmm....(sigh!!)
kenapa??? keadaan aku sekarang ni sangatla menyedihkan. Aku dah lama menganggur, makan, minum, my topup and segala-galanya dari ihsan orang lain. Sedih gila! aku sendiri tak tahu nak buat apa dengan hidup aku. Idea nak buat business tapi takde modal. Suruh kerja elok kat tempat yang jauh sikit, tak sanggup nak take risk, tak nak tinggal family and nak jaga grandparent, ibu and adik-adik. So how meyh???

     I was take care...I mean teman my mak cik kat Kluang, so memang tak de buat apa pun. Aku just buat all the household then melepet tengok tv. Oleh kerana banyak masa free, aku pun terfikir la soal my future. Ingat aku tak bother ke about that. This is my future man. Nak kerja mana, nak buat apa dengan life sendiri sampaila one day my mak cik pun bagi idea. Apa kata kita buat online business. This quite a 'thing' nowadays. Aku pun macam why not kan. Dia nak tolong supply barang semua, modal pun die bagi and i just manage that business. Profit 50-50 la. Kitorang plan nak jual tudung and shawl bagai. Memang nowadays da macam2 jenama tudung tapi yakin pada rezeki la and also our niat. Kita nak bagi kepuasan and kemudahan kat orang kan and in the same time kita dapat buat pahala kan. Niat nak cari rezeki halal. InsyaAllah...He knows everything. Allah akan tolong kalau niat kita baik. Wish me luck sayangss!!

xoxo: zurazainun

  

Tuesday, November 19, 2013

Istiadat Konvokesyen ke-79 UiTM

Hallo graduatesss!!!
Ahakksss! sesaje je nak menggedik..

Assalamualaikum sahabat!!!
     Seperti tajuk di atas, semalam telah berlangsungnya istiadat konvokesyen yang ke-79 uitm di shah alam bagi sidang kesebelas diploma perakaunan. One of the graduates is me. Semalam i'm officially graduate. Alhamdulillah, selama tiga tahun berusaha dan bersusah payah menghadapi segala dugaan, aku berjaya gak tamatkan pengajian dan menggenggam segulung diploma...sekeping diploma kot sebab aku tak gulung pun diploma tu...huhu

     Selama bergelar student ni has been a lot of things happened to me. Some of it sangat menarik dan ada gak yang sangat memerlukan kawalan emosi yang kuat. Even semua ni jadi, aku tak pernah give up. Everytime aku rasa aku tak mampu, aku cakap kat diri sendiri supaya kuat, sabar dan selalu percaya serta yakin kat diri sendiri. Alhamdulillah i made it.

     Aku bukanlah like top student ke, anugerah naib canselor or even dean list. 3pointer above pun aku tak sampai tapi aku dapat habiskan sampai aku mampu grad on time. Bagi budak pemalas macam aku ni this thing sort of macam miracle. Kalau tak kuat iman di dada maybe aku dah lame di'dismiss'kan. Mau tak nye dengan repeat paper melambak-lambak, test yang madah low marks je, di tambah plak dengan quizes yang fail semedang...fuh! (lap peluh sambil melepaskan nafas lega).

     So, janganlah pernah give up in whatever you do. Bila buat sesuatu, buat bersungguh-sungguh and always ingat kat parent. Last but not least, jangan lupa kat Allah. Kalau nak Dia jaga kita, kita mestilah jaga hubungan kita dengan Dia. Minta Dia kuatkan kita, tolong kita. Thats it!!!

    Disebalik rasa so much happy and lega terselit some feel yang tak enak untuk dirasa. hmmmm.... Tapi tak nak cerita kat this post, next la ye baru aku cerita. Sampai sini dulu this sememeh girl cerita, insyaAllah kita jumpa next time.                  

                                 xoxo: zurazainun

    

Friday, November 8, 2013

finally its happen

salam malaysia!
   Post kali lebih beremosi. Kenapa????
  
    Ingat tak pasal pk lang aku?? Kalau tak ingat korang pegi tengok balik post2 aku yang sebelum ni...
Dah ingat ke??...betul la tu..iyela, yang tu....

     OK, aku sambung blek. Aku frust plus sedih plus sadis plus annoying and whatever semua lah when my mkcik suh aku buang my cat, Putih.Aku tetap buang sebab die dah nk terjatuh gara-gara si Putih tu. Sebenarnye reaction dia yang over sebab takut kucing. Kucing tu tak salah apa pun. Aku dah buang kira settle la an. Then, dia emo ngan my adik dia hantar mesej berbaur tak puas hati. My adik pun menyirap ar then she replied the mesej dengan meluahkan rasa sakit jiwa yang selama ni di pendam. My adik called me mengadu what did just happened sambil menangis. I was hurt actually masa tu tapi aku cakap dengan my adik, just let it be. Kebetulan masa tu aku kt cyber cafe tengah online. Aku update ar status menyatakan apa yang aku rasa masa tu. Sekali my mkcik comment the status dar...die punya comment bapak marah....bla..bla..

    Dah, cukuplah ye sebab aku pun tak tahu apa kesudahan cerita ni. Masalah Pk lang dengan my youngest adik tak settle lagi and now aku dengan my mk cik plak. The point now is sekarang ni aku just cakap apa yang aku rasa without mention your name ko dah sampai suh aku buang kau dari hidup aku, selama ni korang tortured aku dengan semua mesej tu tak fikir plak. Aku diamkan je semua mesej tu tanpa sorang pun tahu. Sebab aku tak nak jejaskan hubungan korang adik-beradik. Aku telan sorang-sorang. At the end sampai satu tahap aku hampir nak bunuh diri sebab stress dengan semua masalah. When ibu dan adik-adik tahu pasal the messages, aku gak dimarah blek. Korang tak tahu semua tu kan.

   Like I said, aku mengaku that sebahagian this thing jadi memang salah aku and adik- adik and aku dah mintak maaf. Tak puas hati gak? Fine, again aku mintak maaf. Tapi, kau pernah ke mintak maaf?? Owh, aku lupa, korang tak pernah salah dan takkan pernah salah. Kau pernah tanya aku, salah ke mk saudara nak nasihatkan anak saudara dia; tak salah tapi cuba tengok diri sendiri dulu, adakah cara kau tu betul. Kau tak pernah remaja ke?? seterusnya kau fikir sendiri sebab kau lebih dewasa dan kau lebih tahu kan. Aku tak mintak harta kau ke hape ke, aku cuma mintak kau faham aku dan adik-adik. Tu je....Dengan cara mendiamkan diri tak menyelesaikan apa-apa masalah, pertahankan ego sendiri, refuse untuk bertolak ansur, takkan menyelesaikan masalah even sebesar kuman.

   Aku bukan nak menyalahkan kau tapi aku mengingatkan kau dan juga diri aku sendiri. Bila sesuatu perkara tu jadi kat kita, Allah nak kita cek balik diri sendiri, muhasabah diri kita, bukan sibuk mencari silap dan menunding jari kat orang je. Selagi nama kita manusia, kita takkan berhenti melakukan kesilapan dan bila kita khilaf, kita tidak ego dan tidak malu untuk mengaku kesilapan dan memohon maaf...

p/s : aku bukan nabi yang bersifat maksum dan aku bukan malaikat yang tak pernah khilaf...aku manusia biasa. Manusia yang banyak kekurangan. Maafkan aku jika kekurangan aku ni menyusahkan kamu. Aku tak mintak semua ni jadi. Aku tak tahu...

.
  

Tuesday, October 8, 2013

Heaven

assalamualaikum
Post kali ni bukan pasal my life or pasal my brader...not anymore or maybe not yet..
this post is for my adik2

dear my beloved sisters and brothers,
how you doing?? akak harap korang semua sihat. Thanks a lot sebab korang sudi datang rumah akak even korang buzy, penat and bebagai commitment lagi. Seriously, i'm so glad and happy giler. Thanks again sebab luangkan masa sikit dengan akak masa akak datang campus wat clearance  hari tu and masa akak ganggu korang masa nak final..huhu..sorry (-_-)'
   
     Nak tahu something??akak tahu yang tak sepatutnye akak rasa macam ni but akak selalu risaukan korang, akak sentiasa terfikirkan korang. Korang ok ke, belajar ok ke, sha ada gaduh2 ngan pikot ke, liya tolong diorang tak, fareez ada sakit lagi tak, lah dah makan belum, hunain macam mana, aiza, reza, kuntou, pecal, anum, mei...semua ok ke, sara ngan yan ada gaduh2 manja ke. Azam, dilla ngan sha ada main gigit2 lg tak...bell, kiah semua ok ke..hehe =P ....
   
      akak risau tak bertempat kan???of course larh korang semua ok, korang dah besar and pandai jaga diri masing-masing. Takkanla itu pun akak nak risau kan?? I know that but akak tak mampu stop, akak akan tetap terfikir and buat masa sekarang ni akak tak boleh stop untuk fikirkan those little things. I'm sorry adik2, I am so sorry sebab akak terlalu concern pasal korang, akak bukan sesiapa and akak tak sepatutnye macam ni. Again, i'm sorry ok...

      Maybe akak jadi macam ni sebab akak terlalu rindukan korang, rindukan perangai gila-gila korang, rindukan suara korang, rindukan lagu korang, rindukan nyanyian korang, rindukan masa-masa yang kita luangkan sesama, and rindu gak nak tengok korang makan...hehe. akak mintak maaf ye sebab akak jadi mengada macam ni. Bila korang takde dengan akak macam dulu-dulu, akak rasa lonely gile. Apa lah yang korang wat kat akak sampai akak jadi begini.

      Guys, i need your help, jaga persahabatan yang telah korang bina bersama ni ok. Memang akan ada banyak benda akan menggugat this relationship. akak tahu mungkin akan ada konflik akan jadi between korang semua, akak well aware yang mungkin juga akan ada yang jauh hati and terasa dengan satu sama lain and the end akan pergi...Tapi ingat balik there's a sentence yang akak pegang dari mula VOQ ditubuhkan, dan menjadikan kita macam sekarang ni. WE ARE FAMILY, yes we are family and walau macam mana kencang pun pergaduhan or perselisihan faham tu jadi, ia tetap takkan merubah perkataan family tu. Jangan terlalu ikutkan kata hati sebab kadang-kadang hati ni pandai menipu. jangan terlalu mengikut rasa sebab kadang-kadang apa yang kita rasa orang lain tak dapat rasa. Berterus terang and bertolak ansur. Terima setiap kebaikkan dan kelemahan orang lain. Yang paling penting communicate ok, then baru kita boleh tau apa die rasa...


p/s: love ya!
   

Friday, May 24, 2013

ceritera aku, dia dan mereka...

Salam rakyat jelata....hehe =p

Today's entry is quite banyak untuk aku bercerita sebab dah lama tak mengupdate belog ku tersayang ni. Nak jimat, kita cerita sekali yek??

     First comes first, i miss my adik-adik a lot. Bila rindu, tengok video diorang nyanyi, then tengok gambar-gambar diorang, and lastly mesti nangis. ='(  Miss them a lot.... Diorang punya action, the way they bergurau, membahan sesama sendiri, seriously buat aku happy and rindu giler. Yes, i love them a lot. They my family meyh. Selalu ada when i need. Just hope yang nothing happen to our relationship kan korang??? you guys are magic potion for every hurt and scars yang serang akak...thanks!!!

pra-dengar akustik...they made me so proud!

kezutan yew! "kak bai" is the best song ever...sebab korang yang nyanyi...
thanks gak for "your guardian angle" 

     Next, Alhamdulillah....result for last semester dah keluar and officially i'm graduated...YAHOOOO!!!!
it feels so good..relieved giler. After exam hari tu, aku kerja kat kedai buku yang aku pernah kerja dulu and guess what?? my lady boss still the same, i mean dia punya emotion larh kan. Aku try sabar a lot kot tapi still, she like never change, like whatever..Aku dah pun berhenti. Aku dah tak boleh nak kerja dengan dia lagi. Maybe aku yang tak boleh nak adapt the situation kan...now, i'm officially unemployed and penghutang ptptn yang agak banyak gak. Congratulation to me!!!!

    Then, hari tu my family macam bergaduh sikit ar but the words yang keluar semua agak menyentapkan hati. TERUTAMA when it comes from paklang punye mulut. Sekarang perasaan aku is like don't know. Nak kata menyampah pun tak, nak kata benci pun tak, entahlah ek. That time, aku just kesiankan atuk ngan nenek. he said something...

"hari tu akak dah janji dengan pak lang nak cakap kat adik..."

"......"

what should i say????? Nothing....takde sape nak dengar pape from mulut aku sebab aku tak cukup berani...i'm a coward..i'm a damn coward!!!!

   Adik mungkin salah, Adik mungkin biadap, Adik mungkin pemalas but the way you treat her that so called "mengajar" telah membuat Adik benci kamu. Selama ni walau apa pun yang korang buat, walau apa pun yang korang cakap pasal adik-adik aku, aku telan and aku just transfer that teguran yang korang suh aku smpaikan tu with the best way so my adik-adik takkan ada perasaan even just tak suka kat korang but akhirnya....

he said, "tak pernah lah paklang jumpa keluarga macam ni...."

    Macam apa ek??? explain!!! my adik only a teenager, masa ni lah dia memberontak, masa ni lah dia nak kenal dunia but aku still boleh handle perangai adik aku. There's a way yang ko tak pernah pun tanya, Yes ko lebih tua but tak nampak pun cara ko lebih tua?? Ko nak tunjuk yang sepatutnye aku yang muda-muda ni nak kena mengalah or ko nak menangkan ego ko???answer me!!!! (aku biadap....)


Pak lang,
   Terima kasih atas semuanya pak lang, terima kasih banyak-banyak. Terima kasih sebab jaga akak. Akak pernah rasa dulu yang pak lang sayang akak tapi sekarang, akak ragu-ragu. Entah-entah tu cuma rasa tanggungjawab pak lang pada akak dan adik-adik. Terima kasih kerana rasa tanggungjawab itu. Terima kasih banyak-banyak. Akak mintak maaf atas semua kesalahan akak dan adik-adik. Salah akak sebab tak pernah nak ingatkan adik, siapa kitorang ni. Salah akak sebab tak ingatkan adik-adik yang kami hanya menumpang  je kat rumah atuk. kami takde apa-apa. Yang kami ada cuma beban pada pak lang sekeluarga. Kami hanya menyusahkan pak lang sekeluarga. Akak faham if pak lang tak suka kami adik beradik. Tak pe, akak akan faham sampai akak mati. Maafkan akak dan adik-adik sebab tak pernah menjadi seperti anak-anak orang lain. Maafkan akak sebab gara-gara kami, pak lang tak dapat rasa macam keluarga lain. Maafkan akak. Sumpah akak rasa menyesal sebab akak dan adik-adik menyusahkan pak lang. Maafkan akak sebab akak lupa diri. Jangan risau, akak janji yang akak akan selalu ingat siapa akak lepas ni. Akak akan sentiasa sedar yang akak ni siapa.....akan selalu ingat....

Daddy,
    Akak mintak maaf sebab akak tak dapat jaga ibu dan adik-adik dengan baik, sepatutnya akak buat adik faham and tak benci kat pak lang, akak gagal ayah. Akak mintak maaf sangat-sangat. Akak bukan seorang kakak, anak, dan orang yang baik....akak tak jadi "orang" yang macam ayah pesan. Akak mintak maaf sangat-sangat. Sampai bila akak hanya beban kan??? hanya tau menyusahkan dan membuat orang menyampah. Akak tak guna kan???



p/s: i'm alone...tanpa daddy, tanpa brader n tanpa adik-adik voq....disisi

 

Friday, April 26, 2013

hari yang indah =p

Salam dunia!!!!

" i'm in love with you...and all this little things.." (one direction-the little things)
ala-ala anwar hadi plak skang ni bila post ada lirik lagu sikit...mwahaha!

     Sebenarnye, tujuan post kali ni aku nak cerita pasal the day when aku hang out dengan few friends including my brader aka my crush!!!! The day was awesome. Kitorang had a lot of fun. Before jumpa dia, my heart was like...hmmm, what should i do, am i suppose to keep quite or talk more, should i ignore him, OMG what should i do???? Lastly, i just sing at the ears..just go with the flow.

    It's been a while since our last met. So, i really like tak sabar nk jumpa die. First kitorang jumpa masa kat petrol station cause nak transfer passenger. That time aku just curi-curi tengok die. OH MY PRADA!!! okey, he's handsome, so much!!! my heart yang before tengok die was like train takde break suddenly stop beating. Subhanallah...kacak giler! =P hehe....Then die yang tegur aku first, " Bai...." bergetar dada ni hah...camane tuh???nasib baik tak pengsan tetiba tawuuu, dah lah handsome kau tu membunuh, suara kau plak...elak mati berdiri aku tawuu!!!! then kitorang pun borak macam biasa. Takdela awkward sangat..biasa je. We even took a picture together for the first time, just two of us!!! sweet!!. Adalah cam pelik-pelik sikit tapi, jangan layan sangat lah kot...

    Ada one time tu aku tengah borak with one guy ni, die nak mencelah tapi i was spoke with that guy, aku just cam layan sikit then back to that guy, time tu rasa bersalah gak tapi nak wat camne. It's just happened meyh...sorry bro, didn't mean to put you aside...hehe...but bro, you don't have to worry, you already have special spot in my heart! GOTCHA!!! You still love him Bai!!!!

   Hehe...ok i admit, memang aku ada perasaan kat die but guess what, aku rasa yang feeling aku more pada try nak sayang dia as my best friend ever. Aku lagi sayang that friendship than lovey dovey things...apa yang membuatkan aku yakin yang perasaan aku macam berubah sikit is because, aku dah tak nangis. Sepanjang hari tu aku risau yang aku akan menangis bila tengok dia but fortunately, i don't!!! i don't even sad, i am happy for all day...nice right???

    Tapi there's a doubt about aku tak nangis tu, whether my feeling memang dah berubah or aku dah jadi lebih kuat after semua yang dah jadi kat aku...aku kuat pada option kedua sebenarnye

    Wanna know a secret??? i think i fall for him AGAIN!!!!! =)
xoxo ; bai

Monday, April 22, 2013

POST YANG PENDEK

Assalamualaikum and morning readers...

Do you remember my last post??yup..that one, the final examination things ...Alhamdulillah, everything was fine..InsyaAllah i'm graduate!!!! hehe...
That day already past. The day when i had to say goodbye to my beloved adik-adik....They're sweet...sekarang ni dah rasa rindu giler...rindu semua pasal diorang..rindu sangat-sangat!!!!!sobs sobs ='(

     Aliea, my sister da further study kt UNITI Port Dickson...early in the morning tadi die gerak dengan family angkat die. Gonna miss you Nyot!!!

     Sebentar je lagi, aku nak pegi hangout dengan kengkawan sekolah including my crush...OMGGG!!!!!!! MY CRUSHHHH!!! yang lebih menarik lagi, the girl yang selalu bermanja and bergurau senda dengan my crush tu pun ada...NICEEE!!!! We'll see what happen...makan nasi ke makan hati aku hari ni...I thought that feeling dah takde but still ada...what should i do????? Whatever happen, i'll let you know on the next post...choww!!!




                                                                                       xoxo: bai

Monday, April 1, 2013

double STRESSS!!!

salam dunia! (bajet dari bulan plak aku ni.. =_=" )
YES! I'm double stress!!! kenapa ek??? try imagine betapa stressnye aku masa taxation punye paper before ni.....

and now, imagine plak dua paper yang akan aku amek and the gap between those paper macam gap waktu breakfast ngan lunch....erm.....macam melampau plak ek??sebenarnye gap sehari..mwahaha!!!

Whatever it is, just hope that yang i can make it successfully ok, pray for me...I'm so scared actually. MAF330 and FAR360...please be kind with me ok...PLEASE love me as i do to you..hehe NICE!!!

p/s: I know that post kali ni short and the language and composition ayat pun terabur. Betapa stress nyer hamba...just pray for me...love u all...XOXO: BAI

Thursday, March 28, 2013

OMG!!!! FINAL KEW???!!!

Salam wahai rakyat jelata!!!(hehe...bajet Princess larh tu..)
It's been so long that aku tak mengupdate cerita aku kat blogger ni. Bila ada idea nak update je mesti takde time nak di spent kan for updating my story tu. Akhirnya, tak update....kwang kwang kwang...
 
   
Sebenarnya, aku agak busy dengan assignment bagai, aktiviti kelab VOQ yang awesome sangat sangat dan preparation for final exam....Yupp!!! sekarang ni, di waktu dan ketika aku menekan papan kekunci komputer ini...(yaks! skema giler) aku baru lepas revise TAXATION 370 CHAPTER 1 which is BASIS PERIOD....

     Busy sangat sampai aku takde masa nak fikir pasal feeling aku kt brader tu. GOOD NEW!! aku da tak nangis langsung bila think about that guy. NICE!!! now i can control my emotion properly, aku dah more tenang, da mula stabil perasaan ni, sangat calm je jiwa dan perasaan aku sekarang ni and of course membuatkan aku lebih bahagia and ceria and bonus bertambah cantik dan comel...(perasan tahap tak hengat dan lupa diri...sweet!)

    My adik-adik, miss them sangat-sangat. Tapi kena lupa jap perasaan sedih tu and focus for final. Jangan sedih sangat larh Bai, bak kata Lah, "yang pergi tak semestinya tak kembali..." Nowadays bukan zaman batu yang susah sangat for interaction kan?? sedih nak melampau je aku ni ek...
Sigh! You just don't know what i feel. But it's ok, insyaALLAH they will be always with me, aku yakin yang diorang sayang aku and also rindu kt aku gak, Alhamdulillah adik-adik, finally i can feel that, deep in my soul, perasaan kasih antara kita in this big family....love you guys!!!!! so much!!!

     So, focus for FINAL ye Bai....let the sadness go for the moment...fill your mind with final exam, fill your heart with iman and trust to ALLAH...sampai sini dulu, I'll catch you later!!!!



                                                                                            xoxo: zura zainun

Saturday, March 2, 2013

Menghitung hari...(sigh!)

Assalamualaikum dunia,
Selamat malam...errr pagi maybe. Long time no write. I'm a bit busy for the last few weeks. Assignment melambak-lambak tak kira ngan presentation lagi tu. Sumpah poonatttt!!!!

     Today's post is again pasal feeling but bukan pasal si Dia lagi sebab the story still same, tak pernah berubah, sama je macam hati ni sendiri, tak pernah mencintai yang lain. Kali ni is about my perasaan yang sangat sedih gila because of memikirkan my adik-adik. Seperti yang all the readers not really know, hehe...I will graduate soon, i will end my diploma about a few weeks lagi means that aku hanya ada beberapa weeks je to hang out ngan diorang. So tak tahannn!!!!! Aku still cari bila aku dapat lepak ngan diorang. Dah nak final beb, acane???acane???acane??? Hari tu Fareez said something yang membuatkan aku nak meleleh kat situ gak, yang membuatkan aku terharu tahap cipanzi dapat pisang."lama tak jumpa kak bai, rindu kat kak bai..." Punyalah bahagia beb. Sebelum ni tak pernah kot. Nak je aku jerit kat dunia that I MISS YOU GUYS A LOT!!!!! Rindu sangat-sangat!!!

   Terlalu banyak yang aku lalui dengan diorang. Di saat aku betul-betul perlukan seseorang bila aku putus harapan, ALLAH kurniakan aku, hadiahkan aku adik-adik yang sangat comel, sweet, baik hati, giler sikit, agar aku tak pernah rasa sendiri menghadapi semua dugaan. Di saat aku di hina, di pandang rendah oleh orang lain tapi mereka ini lah yang bangkit untuk aku, yang tetap yakin pada aku. Di saat aku menangis kerana merasa sunyi seorang diri, adik-adik aku ini lah yang menghiburkan hati, memberikan aku segaris senyuman dan sebuah harapan tatkala aku putus asa. Di saat aku jatuh, mereka ini lah yang menghulurkan tangan membantu aku bangkit berdiri dengan yakinnya.


Dear my adik-adik,
   Maybe akak bukan lah seorang kakak yang cantik, baik or sempurna untuk korang, mungkin akak tak mampu memberi apa yang sepatutnya pada korang, mungkin akak tak pernah membahagiakan korang, mempertahankan korang, melayan korang sepatutnya, dan mungkin jugak akak ni tak mampu nak buat apa-apa. Mungkin akak ni tiada apa-apanya berbanding korang. Mungkin juga akak tak pernah buat apa-apa untuk korang. Akak mintak maaf, akak mintak maaf sangat-sangat atas semua kekurangan akak, semua kelemahan akak. Seriously, akak mintak maaf sangat-sangat.

     Tapi, akak cuma mampu cakap yang akak sangat, sangat, sangat, sangat sayangkan korang. Akak sangat sayangkan korang. Setiap sorang dari korang is something yang sangat penting dalam hati akak. If my heart is like jigsaw puzzle, korang is the setiap pieces yang akan form that puzzle. If satu takde, my heart takkan pernah sempurna. Tak akan pernah complete. So every pieces of you is sangat-sangat penting. Remember that. Akak tak pernah menyesal kenal korang and jaga VOQ. Akak sangat bangga. Sangat-sangat bangga!
   
     Terima kasih adik-adik sebab menjadi sebahagian penting dalam hidup akak yang before ni sangatla dull. Terima kasih sebab memberikan kebahagian dan kasih sayang yang selama ni akak rasa macam dah hilang after ayah akak tinggalkan akak. Terima kasih sebab korang sudi buat macam-macam untuk akak and i really appreciate that. Korang is like miracle yang datang pada akak, pada Norbaizura Zainun yang membosankan ni. Korang sangat sempurna pada akak. Korang dah buat terlalu banyak untuk akak. Terlalu banyakadik-adik. Sangat banyak sampai akak rasa terima kasih akak ni macam tak cukup untuk korang.

    Maybe after this, agak susah untuk akak lepak ngan korang. Mungkin susah untuk kita jumpa macam biasa. Mungkin juga akak akan susah untuk dengar korang nyanyi lagi, tengok korang gelak, tengok korang gila-gila, and yang paling akak rindu sangat-sangat nanti is tengok muka korang bila korang makan. Sumpah! comel sangat-sangat! ALLAH je yang tahu perasaaan akak sekarang ni, ALLAH je larh yang tahu apa akak rasa, beban rindu sangat-sangat, risau akan hari "itu" nanti. Mampu ke akak tanggung adik-adik. Akak tak tahu. Akak tak tahu macam mana nak hadapi hari "itu", hari yang akak harap tak akan pernah hadir tapi  tetap akan hadir juga kan?? akak tak tahu dik.....

   But, all above this, i wish you guys all the best for everything, may ALLAH bless you for your entire life and till syurga, insyaALLAH. Semoga ALLAH sentiasa lindungi korang, jaga korang for me. Be good ye!! Arwah ayah pernah pesan kat akak and i give that to you guys now, " buat lah apa yang korang nak buat,janji korang jadi orang..." Jadi "orang" ye adik-adik. InsyaALLAH akak akan sayang and ingat korang sampai akak mati.  Sampai akak mati....


my beloved adiks:
nine, mei, dilla, lah, pikot, and sha
comel! 
kiah, dilla, sha ngan fareez
lah and fareez
sara dan yan
pikot and belle

Wednesday, January 23, 2013

Again and Again!

Assalamualaikum dunia and selamat malam....(ermmm..pagi mungkin)

Today's post...again is about my feeling towards him...damn! inspired by post updated kt fb by someone yg ter'suka' kt best friend die....double damn!
    Aku tak tahu lah kenapa dengan diri aku sebab aku asyik teringat pasal die, die and die...Aku try live my live macam biasa, like there were nothing happen but still my mind was filled by him....and again, damn!!! What is wrong with you Bai, you should not be like this. You look so pathetic, please stop behave like this, behave like you are so sick, you are so hurt like the world is end just because he doesn't like you. Like whatevaaaa!!!!!!

    Secara jujurnya, aku sakit...rasa sakit yang amat sangat. Sakit yang aku sendiri tak pasti puncanya. Adakah sebab die tolak aku, or maybe sebab die tak macam dulu, or mungkin sakit sebab tengok komen kt facebook dengan perempuan lain mesra sangat. Aku sendiri tak tahu kenapa sakit sangat. Nak salahkan die pun tak guna sebab aku yang pilih untuk jadi macam ni. Tak pernah sekalipun salah die bila die nak peramah dengan perempuan lain instead of me. Itu hak die and aku kena terima benda ni dengan ikhlas. Tapi pernah ke aku ikhlas dengan semua ni?? I don't know myself. SERIOUSLY, bukan salah die!!!!

   Aku tak pernah rasa macam ni. Demi Allah dan hanya Dia yang Maha Tahu betapa sayang, cinta dan kasihnye aku pada die. Betapa sakitnye aku terpaksa tanggung hanya untuk mencintai die, hanya untuk merasa cinta tersebut even tak berbalas. Salah aku sendiri sebab tak pernah cermin muka tu. Aku tak layak untuk lelaki sebaik die, aku tak setanding nak berdiri sebelah die. Aku hanya akan memalukan die, Salah aku sebab tak jaga hati sendiri. Salah aku sebab jatuh cinta kat kawan baik sendiri.

Dear Dia,
Aku tak cantik macam perempuan lain, bahasa aku takde lah sopan dan manja bagai, aku tak de badan kerengga, lemak banyakla. Aku tak pandai and aku tak kaya. Aku tak pandai masak kecuali mee segera, tu pun kekadang keras. Aku terlalu banyak kurangnye berbanding ko. Banyak gila sampai tahap tak hengat! Tapi yang aku sure 101% is hati aku tak pernah berubah, masih mencintai orang yang sama even selepas dua tahun aku confess dekat die and di rejected (-_-)" . Aku masih sayang kat orang yang sama and aku masih mencuba menjadi yang lebih baik untuk setanding die tapi still that usaha maybe tak cukup. HEY!! that die is you, engkola...hadoiii!!! Masih ko dan tidak pernah berubah even ko tak pernah tau rasanya macam nak mati aku try lupa rasa cinta tu untuk ko. Macam nak terkeluar biji mata aku menahan air mata aku yang berharga tu. Tu belum tambah dengan rasa sakit and sebak lagi. Sakit woooo!

    Tapi hati ni degil, macam mana aku paksa sekali pun if die tak nak lepas macam mana kan. Ada seorang akak ni, die cam suruh aku fahami larh this ayat which is, dalam surah Al-Ahzab 33:4 yang bermaksud, "Allah tidak menjadikan bagi seseorang itu dua hati dalam rongganya..." Jadi i just need to fill my heart with ALLAH and only HIM sebab ALLAH sentiasa ada bersama aku dalam semua keadaan, even aku jahat gila an. DIA yang memberi kekuatan and kesabaran di saat aku sangat perlukannya. Dan hanya ALLAH tempat aku memohon pertolongan, DIA yang menentukan segalanya.....






notakaki: sangat senang untuk mencintai seorang sahabat tapi sangat susah untuk bersahabat dengan seseorang yang pernah kita cintai.....need to highlight this!

Tuesday, January 1, 2013

FIRST NEW YEAR POST!!!!

Assalamualaikum readers!

HAPPY NEW YEAR!!!!! may ALLAH bless your new year, semoga tahun baru ni membawa seribu makna....bla...bla...bla..

so cliche...(-_-)' yup! sounds cliche but those are nice wishes to be heard, (try cakap omputih na...ntah betui ka tidak...hentam jew larh...)
   
     Tiap kali tiba je tahun baru, sudah semestinya akan ada berjuta million ribu trillion azam...Dan aku juga tak nak tertinggal dari membuat azam baru di tahun baru ini. Tapi, this time punya tahun baru like takde feeling plak. Tapi kita try je larh adakan feeling tersebut.

     This post is not like telling you guys bout my azam or something but its more on my wishes or hope...i guess....First thing first, this year i hope that i can be a better person than before. You know, like stop hating people because tak semua orang love us. If kita nak orang lain love and appreciate us, we should love them first right?? in life you just can't be a receiver, you also need to be a giver. Fair and square. Kita bukan duduk kt this big world alone and we can't be alone either. That the first, "BETTER PERSON"...(Habluminallah and habluminannas...menjaga hubungan dengan ALLAH and also sesama manusia)...

    Next wishes is, i really hope that there is a guy who love me for myself. He will never try to change me so i can look more compatible with him. Absolutely big NO! ahaks! Even though I know myself that i'm not trust this makhluk Allah but still i can't cakap dengan angkuhnya yang I Don't need a Man macam lagu Miss A tu... Its not like aku desperate sahngat, jangan salah faham, i'm 21 this year so is kinda late for me to play all those lovey dovey things right??hmm...what is actually in my mind...maybe i'm still waiting that boy...CRITERIA!!!! this is the best part of this post..ahakksss!!! (mood : gediks tahap mintak pelempang sulung!)

    My Mr.Right should be;
terpengaruh; aku minat die ni, tu je....

  1. badan tegap dan sasa. i'm not really like the skinny one. 
  2. kelakar, sebab i like ketawa so much
  3. give and take, two way comunication. Nice!
  4. little bit childish sebab it would be so comel..HEHE...
  5. tak payah nak hensem sangat, cukup hensem in my eye
  6. kaya dengan harta sendiri, bukan harta mak bapak. Aku tak minat sungguh dengan lelaki yang bergantung hidup kat parent die...
  7. A big NO dengan lelaki yang so proud of his ego...PLEZZZ stop that! boleh ego tapi kena pada tempatnye larh kan.
  8. Know how to please me and surprise me cause i love surprise so much but the happy one bukan yang poyos tu.
  9. He reads musics like i do. Mesti tau main percussion. It's a MUST! 

...and actually banyak lagi. Mesti kat dalam otak korang akan berkata begini..." macam la perempuan ni sempurna sangat nak lelaki macam ni.."
    Ok, i admit yang aku tak sesempurna mana but those is just my angan-angan and some of girls akan ada this kind of dream. The most important for me actually is his AGAMA..., sebab pada aku seorang lelaki yang beragama mampu menjadi seorang kekasih yang hebat, maksud aku kat sini, die tau how to menghormati seorang perempuan itu. Menjaga maruah perempuan itu sehingga menjadi yang halal untuknya. Dari agama, he know how to trust and sayang satu sama lain. Memelihara akidah dan iman satu sama lain. Dan sebab dari agama juga die bergantung harap hanya pada yang satu, our creature, ALLAH S.W.T . How sayang pun kita kat die, andai die bukan jodoh kita, Takkan jadi yang halal untuk kita kan?...That's it. Tu je!!! Aku boleh excuse sejuta criteria pun if he is like this.










p/s : I'm preparing myself for you.....