Monday, July 16, 2012

Najwa Latif - I Love You Lirik [Remake]


Assalammualaikum.....
Semua orang mesti da dapat agak yang aku malas nak menulis tapi nak gak update blog ni..hehe
Apa-apa pun,korang enjoy larh this video...lagu yang sweet sesangatttt...loiikee!

Saturday, July 7, 2012

no title =,(

Assalamualaikum....
Pagi ni, bangun je aku kena terus tolong ibu cucikan sangkar kucing aku yang dah memerut dengan bahagianya. Lepas tu, aku hantar adik-adikku ke sekolah. Ntah pape, hari sabtu pun sekolah seyh. Takde life ke??? Alia nak amek SPM kowt tahun ni so mestilah ada program motivasi sampai basi...hehe..Shazlin, darjah khas, sekolah agama...GOOD!
    
     Kemudian, aku amek gitar aku and terus nak continue pelajaran aku dalam mencapai misi menjadi pemain gitar yang poyo. Suddenly, dengan berlagaknya aku kekonon nak tuning gitar ue. As usual, tali E putus...haha! padan muka aku...then aku nangis.....mesti timbul tanda soal yang besar gila kat kepala korang an????
   
     Aku bukan nangis sebab that gitar or how dull of my life but actually aku just kesiankan diri sendiri. Remember bout guy yang dah maybe lupakan aku??? Yup, aku memang sayang dia dan dia pun "sayangggss" sahhhngattttt kat aku. Dah dua tahun aku tahan sakit ni. Sebab tu aku try larh pupuk perasaan sayang tu kat lelaki lain. Tak berhasil kat lelaki lain tapi terjadi kat seorang mamat ni. Pelik ke???bagi aku tak. Dia macam brader yang aku suka dulu. Dia pernah nyanyi kat aku. Lagu-lagu feveret aku plak tu...then i'm crazy bout him. Suddenly aku dapat tahu yang Dia ni dah ada awek baru. That awek baru sangatla aku kenal...SANGAT KENAL!!!!!!
    
     Know what?? aku penat sebab suka jatuh cinta kat orang yang salah. Menangis sesorang macam ntah apa-apa. Memperbodohkan diri sendiri. Kenapa nak menangis untuk sesuatu yang tak guna. Semakin aku fikir, semakin aku tak tahu, semakin confuse. Aku tak tahu apa nak jadi dengan diri aku....
ARRRRGGGGHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!! im sick with all of this things!!!! it's totally sucks!!!
    
     Aku terlalu mengharap agar dia dengan aku so aku akan lupa terus kat brader aku tu. Sekarang ni aku dah mula rasa yang perasaan aku kat brader tu hilang perlahan-lahan. Banyak sangat kenangan aku dengan brader and Dia. Perkara yang aku suka pada Dia is gelak Dia. Suara Dia terngiang-ngiang kat kepala aku. Aku tak boleh stop think bout him. Tak ke gila namanya?????
    
Duhai hati, tahan dan jangan pernah jatuh cinta kat sesiapa lagi. Sakit kan??so,pergi m%&#$$ dengan semua perkara yang berkaitan perasaan ni...







nota hati : Aku perlu cari apa yang sepatutnya aku cari.......

Sunday, July 1, 2012

Sami Yusuf - You Came To Me (Feat. Dato' Siti Nurhaliza) @SamiYusuf @Art...


Assalamualaikum sahabat-sahabat blogger ku sekalian....ermmmm,if ada larh....hehe =p

     Dah tengok music video kat atas??mestilah dah kan, sebab jumpa video dulu baru entry ni. Tajuk lagu ni is You Came To Me,dendangan Sami Yusuf featuring Dato' Siti Nurhaliza. Lagu ni di gubah oleh Sami Yusuf sendiri. Gabungan tiga bahasa iaitu english, arab dan bahasa melayu ditambah pula dengan irama dan melodi yang sangat indah. Sangatla sedap dan menginsafkan diri.

     Sebenarnya, entry kali ni bukan sahaja nak cerita pasal how nice this music video or kekurangan this video. But, it comes with cerita yang menarik, yang kekadang sekadar nak bagi effect yang dabomb pada music video tersebut!
      Timbul isu tentang imej Dato' CT dalam this music video. Ramai larh peminat-peminat laman sosial mengutarakan pendapat masing-masing, meluahkan perasaan kecewa dan ada juga yang nak tunjuk pandai, judge awek ue camni and cam gitu...its like whatever.....Kata mereka, lagu ni berkonsepkan dakwah. So, kenapa imej Dato' CT macam tak sesuai dengan lagu tersebut. Semua orang sedia maklum dengan cara pemakaian tudung beliau. Semua dok sibuk condamn beliau pakai tudung tak betul. Siap tau nanti beliau masuk neraka. 

       Pada aku, memang tak dinafikan cara die tu agak "pelik". Kita sebagai saudara sesama islam pun memang wajar menegur saudara kita. Tapi yang jadi permasalahan nye sekarang is cara kita menegur. Tak sepatutnya kita menegur tapi dengan kata-kata yang agak kasar. Sedangkan Rasulullah s.a.w dulu pun brdakwah dengan cara yang lembut, dengan cara diplomatik bukan dengan cara yang sedemikian....

 "arghhh!! ni kompem msuk neraka ni...tak tutup aurat!!!"
 "jawabla nanti dengan Allah macam tu!!!"
(kata-kata yang tak berapa comel...)

     Siapa kita sampai kita boleh tahu mana tempat dia selepas mati nanti sedangkan nasib kita sendiri kita tak tahu. Cuba fikirkan, daripada kita melalak dengan ntah apa-apa, better tegur dengan lebih sopan dan santun. Kita doakan dia. Doa itu kan senjata bagi orang islam. Jangan dengan mudah menilai orang. Sentiasa ingatkan diri sendiri, tegur dengan cara yang berhemah. Berdoa agar dia dapat petunjuk dan hidayah Allah. Minta agar Allah menggerakkan hati kita dan juga hati dia untuk menjadi muslim yang sejati, menjadi orang yang lebih baik...InsyaAllah....

     Alhamdulillah, kerana ada yang menegur kerana menyedari akan tanggungjawab sebagai sesama muslim. Tapi tak cantik bagi mereka yang menegur kerana tak suka dengan beliau then nampak kesalahan sikit terus judge, tak boleh larh macam tu. Kita menegur kerana sayang. Bukan kerana dendam. Tak boleh larh camtu kan...hayati bait kirik lagu tersebut.



kata pak seman: aku menulis kerana pendapatku, salah dan silap, ampunkan aku. Aku manusia biasa yang tak lari dari kesilapan. Menulis ini juga mengingatkan diri sendiri tentang betapa ceteknya pengetahuanku dalam agama. InsyaAllah...aku akan berubah, doa dan terus berdoa...amin...