Tuesday, August 4, 2015

luncai dan labu

hello world!!!!
     on 2nd of june 2015, i'm officially jobless...semua gara-gara aku terlalu ikotkan rasa marah...nak aku cerita ke??
      Ceritanya begini, aku telah bekerja di salah sebuah kedai 24jam ni about 1 and half year gitula. Daripada aku pekerja biasa sampaila da naik assistant kepada manager aku ni. Aku pn kenal die daripada dia masih trainee sampaila da jadi manager ni.
      Biasala, manusia kan, manusia ni memang sifatnya lupa, kadang-kadang sengaja lupa. Aku kerja macam biasa. Hari ahad memang aku yang kira duit semua. So this manager tanya pasal duit cash fund. Duit cash fund tak cukup then die nak split duit yang tak cukup tu and both of us just need to blindly pay that money.
     Like what the hell dia nak aku bayar duit yang takde kena mengena dengan aku??? alasan die sebab duit tu takde sejak raya yang dia cuti aku keje, what the f*$%!!!!...then, the worse part is adik aku ley update moment kat weechat plak pasal maybe die yang songlap duit tu then suap pakwe die, dah sudahhhhh.....
      Pakwe die bengang then call aku seterusnye carut aku...ok thanks a lot dude...kau dah bagi aku pengalaman yang cukup berharga. Sepanjang aku hidup, tak pernah lagi orang maki aku macam tu. Well, aku agak menyirap at first tapi lama-lama aku sedar yang sebenarnye yang mencarut tu lebih rendah maruahnye daripada yang di carut. Dan akhirnya kerana marah, aku pn blah je.
     Aku tak pernah rasa terhina macam tu, dituduh macam arwah ayah rasa dulu. Aku tak pernah membebel when kau bagi aku kerja melambak-lambak even that time takde orang back up aku. Kau bagi aku keje then kau dating ngan balak kau, ada aku cakap apa-apa??? Aku anggap kau macam adik tapi tak sangka adik tu sanggup biarkan lelaki yang belum tentu jaga kau sampai mati hina aku.
     Selama aku kenal kau, aku tengok macam mana kau berubah. Aku pernah tegur tapi tu je la. Aku sedar aku tak layak. Kalau aku nak buat jahat, nak hancurkan kau, nak porak perandakan hidup kau, boleh je, bukan susah sangat juat cakap betul?? macam yang kau buat, cakap je. Tapi aku tak seburuk dan sebusuk kau.
     Allah menegur aku dengan cara yang indah. Aku berhenti kerja, maksud aku lari daripada tanggungjawab aku dan aku tanggung natijahnya. Tapi hikmah Allah tu aku pasti indah. Sabar itu juga indah. Aku yakin dengan takdir Allah,  aku yakin juga dengan rezeki yang Allah tentukan untuk aku. InsyaAllah, Allah akan gantikan sesuatu yang lebih baik dan lebih cantik...subhanallah..

Sunday, March 29, 2015

Lumpuhkanlah ingatanku

Lumpuhkanlah ingatanku by geisha

     Kenapa lagu ni?? Sebab aku mengharapkan itu terjadi. Dengarla sendiri lagu tu then kekorang fahamla kenapa...

     Ada sesetengah perkara yang aku harap aku mampu lupakan. Tapi, tetap tak boleh. Macam pepatah mat salleh..."easy to forgive but hard to forget"....

Kepada seseorang tu,
     Aku masih teringatkan ko, masih rindukan ko, masih sayangkan ko dan mungkin masih ada perasaan terhadap ko lebih daripada seorang kawan. Bukan aku tak cuba untuk lupakan apa yg aku rasa ni tapi tetap tak boleh.
     Satu masa aku rasa aku yakin yang aku da lupakan ko and everything tapi satu masa yang lain aku rasa sayang tu ada sebab aku tak pernah lupakan ko. Aku tau mungkin ko akan rasa menyampah dengan aku. Tentu ko rasa macam aku ni perempuan yang tak sedar diri and tak faham bahasa. Tapi ko tak tau yang betapa susahnye untuk aku buang semua rasa tu. Sebab ko takkan pernah rasa.
     Masa awal2 ko tolak aku dulu, aku da rasa macam orang gila. Aku tak nangis macam sesetengah orang. Aku terus tidur mengharapkan yang aku akan lupakan semua ni esok bila aku bangun tapi malangnya, aku tetap ingat semuanya. Aku cuma nangis lepas sehari dan lepas aku sedar yang aku dah pun kena tolak.
    Aku tetap berusaha untuk lupakan rasa tu. Walau macam mana susah pun aku tetap usahakan. Macam2 cara aku buat, aku cuba alihkan perhatian aku kat lelaki lain, aku sibukkan diri aku dengan aktiviti kelab bagai. Tapi even seharian aku sibuk pun, bila sampai waktu nak tidur, aku akan tetap nangis sebab memikirkan betapa sedihnye keadaan aku...
    Alhamdulillah, even benda ni jadi pun, ko tetap tak berubah, ko jadi brader aku macam biasa. Berkongsi cerita bagai, pasal kehidupan ko, pasal study ko, pasal awek yang tengah dekat dengan ko....ye pasal perempuan2 tu semua. Aku borak dengan ko mcm takde pape, macam benda ni tak ganggu aku langsung tapi hakikatnye, aku rasa sangat sakit. Sakit yang teramat sangat sampai satu tahap bernafas pun buat aku sakit. Ko rasa benda ni senang ke??
     Kau nak tau lagi, betapa bodohnye aku, sehinggakan dah berapa ramai perempuan yang datang dan pergi dalam hidup ko, aku si bodoh ni tetap lagi mencuba membuang rasa, masih menahan perasaan dan menjaga hati agar tidak gila. Aku tetap lagi memikirkan ko dan merindukan ko....bodoh kan aku???
     Berharap?? Berharap yang ko pandang aku tu aku tak pasti, berharap untuk ko sayang aku pun aku tak pasti, tapi berharap untuk lupa semua tentang ko tu, separuh pasti...sbb separuh lagi aku amat rindukan ko, aku harap yang aku lupa betapa sakitnya aku...aku nak lupa rasa sakit tu...itu je yang aku harapkan sekarang, itu aku pasti....sangat pasti...

Berharap yang aku lupa aku pernah sakit sampai hampir mati.....

Berharap yang aku akan lupa bahawa aku hampir dikalahkan dgn perasaan sendiri...

Berharap yang aku takkan pernah lupa yang Allah itu segalanya....