Sunday, March 29, 2015

Lumpuhkanlah ingatanku

Lumpuhkanlah ingatanku by geisha

     Kenapa lagu ni?? Sebab aku mengharapkan itu terjadi. Dengarla sendiri lagu tu then kekorang fahamla kenapa...

     Ada sesetengah perkara yang aku harap aku mampu lupakan. Tapi, tetap tak boleh. Macam pepatah mat salleh..."easy to forgive but hard to forget"....

Kepada seseorang tu,
     Aku masih teringatkan ko, masih rindukan ko, masih sayangkan ko dan mungkin masih ada perasaan terhadap ko lebih daripada seorang kawan. Bukan aku tak cuba untuk lupakan apa yg aku rasa ni tapi tetap tak boleh.
     Satu masa aku rasa aku yakin yang aku da lupakan ko and everything tapi satu masa yang lain aku rasa sayang tu ada sebab aku tak pernah lupakan ko. Aku tau mungkin ko akan rasa menyampah dengan aku. Tentu ko rasa macam aku ni perempuan yang tak sedar diri and tak faham bahasa. Tapi ko tak tau yang betapa susahnye untuk aku buang semua rasa tu. Sebab ko takkan pernah rasa.
     Masa awal2 ko tolak aku dulu, aku da rasa macam orang gila. Aku tak nangis macam sesetengah orang. Aku terus tidur mengharapkan yang aku akan lupakan semua ni esok bila aku bangun tapi malangnya, aku tetap ingat semuanya. Aku cuma nangis lepas sehari dan lepas aku sedar yang aku dah pun kena tolak.
    Aku tetap berusaha untuk lupakan rasa tu. Walau macam mana susah pun aku tetap usahakan. Macam2 cara aku buat, aku cuba alihkan perhatian aku kat lelaki lain, aku sibukkan diri aku dengan aktiviti kelab bagai. Tapi even seharian aku sibuk pun, bila sampai waktu nak tidur, aku akan tetap nangis sebab memikirkan betapa sedihnye keadaan aku...
    Alhamdulillah, even benda ni jadi pun, ko tetap tak berubah, ko jadi brader aku macam biasa. Berkongsi cerita bagai, pasal kehidupan ko, pasal study ko, pasal awek yang tengah dekat dengan ko....ye pasal perempuan2 tu semua. Aku borak dengan ko mcm takde pape, macam benda ni tak ganggu aku langsung tapi hakikatnye, aku rasa sangat sakit. Sakit yang teramat sangat sampai satu tahap bernafas pun buat aku sakit. Ko rasa benda ni senang ke??
     Kau nak tau lagi, betapa bodohnye aku, sehinggakan dah berapa ramai perempuan yang datang dan pergi dalam hidup ko, aku si bodoh ni tetap lagi mencuba membuang rasa, masih menahan perasaan dan menjaga hati agar tidak gila. Aku tetap lagi memikirkan ko dan merindukan ko....bodoh kan aku???
     Berharap?? Berharap yang ko pandang aku tu aku tak pasti, berharap untuk ko sayang aku pun aku tak pasti, tapi berharap untuk lupa semua tentang ko tu, separuh pasti...sbb separuh lagi aku amat rindukan ko, aku harap yang aku lupa betapa sakitnya aku...aku nak lupa rasa sakit tu...itu je yang aku harapkan sekarang, itu aku pasti....sangat pasti...

Berharap yang aku lupa aku pernah sakit sampai hampir mati.....

Berharap yang aku akan lupa bahawa aku hampir dikalahkan dgn perasaan sendiri...

Berharap yang aku takkan pernah lupa yang Allah itu segalanya....