Sunday, December 16, 2012

Kita Berbeza

Assalamualaikum peminat-peminatku.....(BAJET! BAJET! konon ada peminats -_-' )
Malam yang indah ni aku nak share suatu kisah yang menyayat hati. Agak sadis dan kejam. AMARAN! kepada ibu mengandung, pesakit jantung atau penagih coki-coki yang tegar untuk tidak membaca entry ini. Aku ulang lagi sekali, JANGAN!!!

    Sebenarnye takde larh sadis sangat, takde kena mengena pun dengan yang hidup ataupun pesakit kencing manis. Lebih-lebih lagi penggemar sup ekor....(melalut-melalut....)

    Semua manusia normal mesti ada masalah dalam hidup. Tak kisahla masalah dengan family, girlpren or boipren, mungkin masalah rumah tangga, rumah mentua, rumah jiran, rumah anak2 yatim atau mungkin rumah kedai. Masalah tu memang takkan habis selagi kita ni bernama manusia. Cuma bezanya, kita mengalami masalah yang berbeza DAN cara tangani masalah tersebut yang berbeza.

   ADA satu kisah yang aku dengar dari seorang kawan. Dia mengalami masalah dengan keluarga die. In the same time, Dia clash plak dengan girl Dia yang die sayang sangat. Jalan mudah, die amek dadah. Sekali je boleh di maafkan lagi tapi Dia keep amek those things tiap kali Dia ada problem or stress. Jujur and ikhlas dari hati,aku kesian dengan die, kesian sangat. Dia dah jauh, sangat jauh dari jalan yang sepatutnya. Sangat jauh. Aku nak tolong Dia tapi mungkin Dia tak langsung ditolong. Apa aku boleh buat kan???

    AKU juga mengalami masalah yang sama. Cuma aku bukan putus cinta cuma kasih yang langsung tak berbalas. Masa tu, aku jadi macam orang gila. Langsung tak peduli dengan benda lain. Aku jadi bodoh sebab aku sangka aku ok. Rupanya tidak. Akhirnya aku menangis mengenangkan kebodohan sendiri, menangis kerana menahan sakit hati dan sebak yang melampau. Masa tu aku rasa sakit sampai tak mampu bernafas, sakit sangat. Sakit sampai aku rasa yang aku sanggup mati dari rasa and tahan rasa sakit ni.

   Tapi aku tak cuba cari pasal dengan mencari penyelesaian masalah yang sementara. Macam dadah, arak, lumba haram, and other things yang tak berapa nak sihat. Gembira dan seronok tu sekejap je. Sementara...
CARA aku, "KEMBALI PADA ASAL". Aku mula solat lima waktu yang sebelum ni rongak2, ikut mood nak solat ke tak. Aku mula dekatkan diri aku dengan Al-Quran, mendekatkan diri dengan DIA yang tak pernah tinggalkan aku walaupun aku selalu lupa DIA.

     Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Di saat aku lemah, DIA tiupkan angin kekuatan, di saat aku jatuh, DIA bantu aku bangun, di saat aku menangis kepenatan dan putus asa dengan hidup, DIA memberikan aku harapan baru. DIA memberikan aku hidayah dan petunjuk di saat aku sesat. DIA memberikan aku ketenangan di saat aku kusut. DIA memberi cahaya di saat jiwa ini gelap. DIA memberikan aku segalanya walaupun aku tak pernah menjadi seorang yang sepatutnya. DIA memberi kasihNya di saat aku hilang kasih yang belum pasti milikku, kasih yang ku kejar, kasih yang bukan milikku.
Aku beruntung, aku bernasib baik. Walau satu dunia tinggalkan aku. ALLAH itu sentiasa ada bersama aku. Tidak pernah tinggalkan aku.

Tuesday, December 11, 2012

MY SEMINGGU!!

Assalamualaikum Dunia!!!!

It's a new semester and will be last insyaAllah...kenapa tajuk entry ni "my seminggu"???sebab macam-macam dah jadi....
Start sem baru ni macam-macam aku rasa. Rasa macam nak stay longer kat rumah but hallo!!! tak payah nak manja sangat larh kan. Awal-awal sampai hostel ada larh jugak homesick tapi cover larh kan, dah senior  meyh, malu kowt if all my junior know right??erm....

     First, keadaan di dorm. Macam mana nak describe. OH MY PRADA!!! aku dapat katil atas!!! i'm speechless, i feel dizzy, i'm going to die!!!! (so melampau emosi!!! over.....) then....Belum tentu dapat kolej. I'm KIV. Macam tak tahu lagi status nye. Please pray for me!
     
     OH MY GUCCI!!! aku so dekat dengan Miss H...bukan nama sebenar. Aku try nak terima everything and just be friend like before but bila di rewind kan balik what she did to me....sekian, terima kasih je larh. Aku tak boleh nak lupa muka die yang so macam wanita lindungan kaabah....sorry again!

    Next, my adik-adik. Malas nak cerita bila fikirkan yang tak worth langsung cerita ni nak di hebahkan. Aku tak salahkan that Mr Perfect hundred percent. Memang apa yang dia cakap ada betul nya but my dear cara you tegur tak berhemah langsung. You ada hak nak marah, i admit but you tegur something yang tak sepatutnya you tegur. Please marah about something yang you can touch bukan pasal peribadi orang or appearance orang. WHO ARE YOU??? abang dia, her husband?? family??. You sedar tak yang you tegur tu is hampir kepada keimanan seseorang?? They cried bukan sebab you marah but you tak hargai and you tak try faham diorang. At last you dibenci. YOU ASK FOR IT!!! CONGRATULATION!!!
    
    Tell you what, tak semua manusia perlu dibentuk dan dibimbing with the same way or method. Setiap orang tu lain sikap dan perangainya. Aku tak manjakan diorang. Aku tegur, aku marah if diorang salah but aku tak judge diorang like you did. Mungkin cara kita memimpin tu lain. Cara kita berbeza. Sangat-sangat berbeza. Aku tak terlalu memikirkan kata orang yang hanya tahu cakap, meluahkan pendapat yang very judgemental. Aku lebih suka menilai or mengingati all the kindness that they did and hargai all the kerja keras yang diorang buat. Aku lebih suka melihat everything with my own eye rather than melihat dari mata orang lain. Aku melihat dengan kasih sayang bukan dengan kuasa. Aku tegur and aku marah just antara aku and dia bukan menyalak like a d** yang meroyan sampai satu dunia boleh dengar. Aku lebih suka menerima kelemahan dari kesempurnaan kerana kesempurnaan tu hak ALLAH SWT.l

     Tadi masa kelas pulak, Mr Arrogance tu menyalak lagi. Kenapa nak susahkan hidup orang lain dengan masalah yang kau cari sendiri. Aku fed up betul larh. Dah larh tak reti nak kawal emosi. Tau nak marah je. Semak larh lu brader. Emosi tak stabil. Kalah girl yang PMS. Sometimes you can be sweetee than sweets, kind like cinderella but you can also be like tiger. Marah macam dunia ni tak pernah adil on you. Dunia memang tak pernah adil tapi ALLAH tu adil. Berubahla, kawal larh sikit marah and ego kau tu. Tak payah nak agungkan ego and put that ego lagi tinggi dari menara KLCC. Gara-gara ego je, kau boleh hilang benda yang paling kau sayang. Right then baru nak menyesal, dah tak berguna langsung.

   Mungkin ramai yang akan memaki hamun aku lepas baca this post, tu pun kalau ada yang baca. Ikhlas dari hati, aku rendahkan diri yang sejak azali ni rendah, memohon maaf atas kelancangan mulut, kekasaran bahasa. Maafkan aku andai aku terlalu biadap. Aku tahu mungkin aku salah dalam mengutarakan apa yang aku rasa. Mungkin aku pengecut nak cakap all those things depan orang-orang tersebut. Biasalah, manusia memang macam ni. Akan rasa diri lebih baik dari orang lain. Semua kesalahan orang lain kita akan nampak even sebesar kuman. Kesalahan sendiri yang sebesar gajah di sorokkan. Bila ada ilmu sikit, mulalah nak berbalah dan mengutarakan segala pendapat dengan yakin seyakin yakinnya. " apa yang aku cakap ni betul.." Mungkin aku salah seorang dari mereka. Aku mohon maaf. Aku mintak maaf sangat-sangat. MAAFKAN AKU!  


p/s: manusia tetap manusia, takkan berubah menjadi malaikat....



xoxo, 
- bai -