Monday, January 30, 2012

DEDICATED TO MY BFF!!!

Salam dunia!!!!
This post is wrote for my best friend...
To Cik Zura Atika binti Zolsani >_<"
Malu nyer nk tulis post ni...hehe..malu sangat nih tapi nak tulis gak..
Saya nak ucapkan happy birhday kat kau yang ke 20, semuga murah reeki and panjang umur, diberikan kesihatan yang baik....jodoh yang baik..errrrr,ok bai,ko da mengarut nih
     Aku nak ucapkan terima kasih sangat-sangat sebab kau sudi jadi kawan baik dak sememeh cam aku...Seorang sahabat seperti kau memang susah nak cari. Kita share banyak benda sama-sama. Ingat tak kita pernah buli dak perempuan kat bilik persalinan??? then masuk bilik disiplin satu kelas except jejaka-jejaka terhangat 4 orang ue. Ingat tak kita cabut kelas and lari dari ustaz Radhi???kita tipu nama sama-sama...akhirnya aku tertangkap jua, tak sempat nak lari...bila waktu rehat kita beli kuih renyuk then letak sambal banyak2 then makan kat kelas, ada dak perempuan tu bila makan mesti jatuh kat baju sambal ue...kelakar tauuu!!!!
     Ingat tak kita pernah naik motor bertiga???takde siapa nak ngurat tawuuu!!!jatuh market aku, tu yang takde boipren sampai skang nih...kita sambut birthday ko kat dewan, makan aiskrim coklat sesame,
paling best kita main  baling selipar dengan adik2 kau..best giler moment ue...camping, bbq, terlalu banyak kenangan kita bersama sampai aku takut nak pikir apa akan jadi dengan aku bila kau takde dengan aku..
     Satu peristiwa yang aku takkan lupa mungkin sampai aku mati masa kau menangis kerana aku, pada hari aku sangat-sangat sengsara, sangat-sangat sakit, kau ada dengan aku dari mula sampai akhir, masa ayah aku tinggalkan aku untuk selamanya, kau ada bersama aku, menangis bersama aku, kau pegang tangan aku dan cuba bagi aku kekuatan melalui pegangan erat kau. Masa tu aku sangat sengsara Zura tapi kau ada dengan aku, bersama aku tanpa bosan, waktu tu aku sedar yang kau sahabat aku dunia akhirat, kau bukan sahaja doakan aku malah kau doakan arwah ayah aku dengan bacaan yassin. Saat aku tak kuat dan aku jatuh pengsan melihat jenazah ayah di bawa pergi, sebelah aku ada kau, kau peluk aku, kau bagi aku semangat sedangkan Allah je yang tau apa aku rasa waktu tu.....terima kasih sebab sudi brkongsi susah and senang dengan aku...
     Maafkan aku andai selama ni aku menyakitkan hati kau, aku minta maaf sangat-sangat, aku mintak halal semua yang pernah kau bagi kat aku..maaf andai aku tak sempurna sebagai seorang sahabat pada kau, aku sayang kau Zura...




     Aku sangat bersyukur padaMu YA  ALLAH kerana kau telah memberikan aku seorang sahabat yang sangat sempurna, sedangkan aku tak layak, aku sangat bersyukur, aku mohon YA ALLAH, kau jagalah dan peliharalah persahabatan kami, berkati dan rahmati persahabatan kami, kekalkan dan teguhkanlah persahabatan ini YA ALLAH...sesungguhnya aku amat menyayangi dia TUHAN...aku sangat menyayangi sahabatku Zura Atika Zolsani....semoga ALLAH kekalkan perhubungan ini, persahabatan ini sehingga syurga...sayang kamu!!!












notakaki : hadiah hari jadi kau...aku nak satu dunia tau ko sahabat aku...hehe (>_<)"...malu lagi

Thursday, January 19, 2012

MANUSIA @ ROBOT...Aku manusia larh!!!!!

Salam Tengahari Malaysia,
     Hari ni aku nak post pasal perasaan yang sangat terganggu....
     Sekali aku post ni aku terus nak cerita semua sekali yang telah berlaku.Biar semua orang tahu apa yang aku rasa. Benci dengan semua benda. Sedih...sentap...kecewa...semua ada larh. Selama ni aku diam jew. Aku ikotkan jew semua benda. Aku sabarkan. akula yang rendahkan ego aku bagi menjernihkan keadaan. Aku lah yang pergi memohon maaf bagi pihak orang lain sedangkan kalau nak di fikirkan balik semua ni bukan salah aku sorang!!!!!!!!!!!!!!!salah kau gak!!!!!!!!!!!!!!!!semua orang salah.
Jangan buat aku benci kau sayang oii. Dulu aku hormat kau. Bagi aku ko memang terbaik. Aku sangat kagum dengan kau. Mungkin masa tu aku belum cukup kenal kau and aku nak kenal kau dengan lebih rapat . Tapi sekarang aku rasa macam kau dah sangat lain. Seriously aku dah tak kenal siapa kau. Kerja kau nak hentam orang. Nak marah jew and kau pernah malukan aku macam aku ni takde muka. Aku takkan lupa malam tu.Kau jela yang ada muka, kau jela yang terbaek, kau jela yang betul....
     FINE!!! aku ngaku aku salah, aku besar kepala, adik-adik aku besar kepala, adik-adik aku takde disiplin kitorang suka ikot kepala sendiri tapi sekurang-kurangnya kitorang takkan tinggalkan kawan-kawan kitorang bila diorang tengah susah. kitorang takkan tinggalkan budak-budak yang ko so-called family ko tu terkulat-kulat. Semua kau nampak is salah orang. Pernah tak kau diri depan cermin then muhasabah diri sendiri. Aku yakin kau tak pernah buat macam tu. Kitorang still with them walau apa pun jadi tapi kau???kau sedar tak yang apa kau buat sekarang ni seperti menjilat ludah sendiri....kau pernah cakap kat semua orang yang kau taknak dengar orang cakap or berniat nak wat apa yang kau buat sekarang ni tapi akhirnya kau gak yang buat benda bodoh ni dan langsung tak profesional...kau langsung tak profesional...dan aku tau ada orang lain yang dah burukkan aku tapi depan aku wat muka macam perempuan lindungan kaabah. Dia pandai cakap belakang dan aku rahsiakan tu. Sebab bukan cara aku untuk menang dengan cara menjatuhkan orang. Aku akan menang dengan cara bermaruah and your so-called profesional. Aku takkan merendahkan orang lain dan malukan orang macam kau buat. dan untuk perempuan tu. Aku akan main permainan kau. And aku sure game ko takde rules right. Lets play the game babe!!!!
     Untuk pengetahuan kau, tak semua benda kat dunia ni kita akan dapat, kau selalu tanya aku, suruh aku luahkan apa yang aku rasa tapi aku punya bodoh, aku punyala nak jaga hati orang lain, jaga hati kau, aku tetap diamkan sedangkan aku rasa macam nak yelling kat kau and cakap semuanya kat kau apa yang aku rasa. Aku nak je cakap yang tak semua orang boleh terima cara kau tapi kita boleh berbincang tapi cara kau its like semua orang mesti dengar and ikot cakap kau. Aku nak jerit kat muka ko yang aku sangat sakit hati dengan kau. Aku nak je mencarut macam the others buat tapi aku masih kenangkan yang kau kawan aku dan aku sangat menghormati kau.
SUMPAH! aku sangat sedih dengan keadaan sekarang. Kalau salah aku, kau boleh jumpa aku and kita cakap face to face. Kalau ko taknak cakap or berbincang dengan aku as a friend but at least kau tegur aku as seorang yang aku hormati, paling cikai pun, as your 'budak'. Aku bukan tak boleh di tegur. kau renungkanla. Aku tak pernah tinggikan suara aku bila kau tegur aku sedangkan aku boleh jew nak wat macam tu. kau seangkatan je dengan aku. Tapi aku hormat ko. aku sangat-sangat hormat kau. So, aku diamkan dan telan semuanya sendiri. Jangan biar diam aku selama ni di luahkan dengan cara yang kau takkan pernah terbayang or terfikir yang aku akan wat benda tu. Tolongla aku....jangan burukkan keadaan....
     Aku tau aku salah, aku tau aku bodoh and aku sangat mengaku yang aku banyak salah dan silap. aku mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Aku mohon maaf jika sepanjang perkenalan kita ni kau rasa aku degil, aku jahat or whatever  pun. AKU MINTAK MAAF.....walaupun aku tahu yang kau dah malas nak layan maaf aku....



p/s : aku akan diam selagi aku mampu tapi jangan salahkan aku jika lepas ni aku tak mampu untuk terus diam. Aku manusia biasa. Bukan robot yang di programkan dan ikot semuanya macam orang bodoh. Aku nak jadi manusia yang paling kering hatinya. Paling pekak telinganya. Aku takkan biarkan air mata aku mengalir lagi bila benda tu melibatkan kau. Aku yakin Allah akan sentiasa dengan aku dan aku yakin dengan karma .Aku MANUSIA bukan ROBOT!!!!....

Tuesday, January 17, 2012

post yang marah..(-_-)'

salam malaysia!!!!!!
hari ni punya post sedikit menyayat hati, menyiat hati dan sebagainye...(baru nak update post dah bibuk nak letak post sedeyhhhh!)
     Aku sangat geram dengan bank islam. Aku hilang sejumlah wang yang sangat banyak. RM800, agak-agakla an,amaun tersebut sikit ke banyak??? Boleh shopping sakan wooo...paling menyakitkan hati, bila aku tanya kat pompuan yang jaga kaunter ue, dia ngan belagak nye kata salah aku, Maybe aku ada wat transaction yg fail or something like that...bley jalan larh pompuan oiiiiii
serius sakit hati, rasa macam nak bom jew bank ue. Susah btol larh. Aku takde keluarkan amaun tersebut pada hari dan tarikh yang tertera kat bank statement ue. Aku langsung tak keluar dari UiTM yang indah dan ku sayang ni (maklumla...ada kelas sampai kul7...hampeh!!)
     The best part is, my dearest ibu bagi aku duit untuk hidup selama 4weeks, di rembat nyer RM250 oleh makhluk tuhan ni, Aku tak tau ar manusia ke bukan, if larh manusia dan berjaya di tangkap, memang lepas ni dia makan nasi pakai straw, minum pakai mesin penapis air....memang trbaekkk dari ladang kambing pak karim...so, sekarang ni, please izinkan saya untuk mencarut.....
MEMANG CELAKA!!!!!!!!!!!!@#$%^$#%^*&((@*(!!!!!!!
ehemmm! sorry if im being so rude...but, Do I LoOk LIkE I CaRE?????
     At the beginning, memang aku rasa macam dunia aku telah berakhir. Langit seperti nak menghempap diriku...terasa yang dunia ini tak pernah adil untuk aku,titis hujan mula membasahi bumi tuhan, panas seperti terlalu terik, terasa yang Dunia ini akan berakhir......(yaks! melampau giler pompuan ni punya metafora, simile n sebagainya...,cikgu yazid ngan cikgu rashid mesti bangga ngan aku, tak sia-sia diorang ajar aku bahasa ibunda ni..hehe)
     Tapi, know what, aku yakin dan sentiasa yakin yang ALLAH, TUHANku telah menyediakan yang terbaik untuk aku. Mungkin duit tu semua bukan rezeki aku jadi aku pasrah dan cuba untuk ke tahap redha.
Banyak giler aku nak cerita, maklumlah aku ni kan kepochi...
Hari ni ada perkara menarik yang telah berlaku,
"saya suka awak! =)..."  nantikan entry seterusnya...
.......
......
.....
....
...
...
'..
..
notakaki: oleh kerana sangat murka jadi aku malas nak cari gambo then tepek kat blog aku ni...lain kali aku rajin aku letak larh untuk tatapan mata korang...huh! tapi entry lain larh....hehe (tahap kemalasan yang begitu poyo!!)...(...dan mendadak..hehe)

Thursday, January 5, 2012

SATU LAGI KISAH CINTA...

SELAMAT MALAM DUNIA,
Satu lagi kisah cinta yang menyedihkan....Aku bukan sedih sebab lelaki yang ditinggalkan dan dikecewakan,aku cuma sedih bagi si perempuan yang meninggalkan.
Kenapa plak aku cakap camtu???  sepatutnya aku kena sedih kat lelaki tu kan???
Jawapannya, sedih sebab perempuan tu tak tau apa yang telah dia tinggalkan, tak tau apa yang telah dia hilang...Aku sangat kesiankan perempuan tu...
wahai temanku,
Kau telah hilang kekasihmu...kau telah hilang lelaki yang menyayangimu seikhlas hati, seorang lelaki menyayangimu lebih dari dirinya sendiri, seorang lelaki menyayangi dan menerimamu apa adanya, mencintaimu sepenuh hatinya, seorang kekasih yang mencintaimu dan menyayangimu spenuh hatinya....kesiannya kau, aku sangat kesiankan kau...
Kau kata die berubah. Apa yang berubah?? sikapnya??? fizikalnya??
Memang dia berubah tapi dia berubah untuk menjadi yang lebih baik, berubah menjadi seorang lelaki yang lebih bertanggungjawab, menjadi seorang mukmin yang sejati, dia ingin menrendahkan dan menyerahkan dirinya kepada ALLAH....salahke????
Tidak sedarkah kau yang dia lah kekasihmu yang bakal memimpinmu menuju kebenaran, dialah lelaki yang akan menjaga maruahmu, yang akan bersamamu menuju redha ALLAH....kau ada dia disisimu, kau ada emasmu bersamamu tapi sayangnya kau tak nampak emas itu yang kau nampak kilauan emas yang jauh, yang belum tentu milikmu....emas itu mungkin palsu, tampak cantik tapi mungkin pudar warnanya suatu hari nanti dan bila masa itu tiba aku pasti kau akan menyesal...menyesal kerana kau telah meninggakan emas yang sebenar...maafkan aku wahai teman, aku sangat kasihankan kau...aku sedih untuk kau....sedarlah wahai teman

Wahai emas,
Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik
Lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat dan perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat
Jangan pernah menyalahkan takdir, jangan pernah menyalahkan diri sendiri, tiada sesiapa pun yang perlu disalahkan, semua ni ujian Allah kepada hambaNya. Sebaliknya, bersyukurlah kerana Allah masih menyayangimu, Allah masih bersamamu dan Allah masih mengingatimu. Lebih baik kau bersyukur dari kau mengeluh dan mengaduh...
Allah takkan beri hambanya sesuatu dugaan itu andai hambanya tak mampu hadapi dugaan tersebut. Bersabarlah dan dekatkan dirimu kepadaNya. Percaya padaku, kau akan lebih tenang dan lebih kuat, InsyaAllah...Allah menjanjikan sesuatu yang sangat manis untukmu, jika bukan di dunia yang sementara pasti di akhirat kelak, aku pasti itu
Wahai emas,
Lebih baik kau serahkan kasih sayangmu itu pada Allah, serahkan cintamu yang suci itu sepenuhnya pada Allah, serahkan hati dan jiwamu pada Allah, serahkan dirimu pada Allah. InsyaAllah, dengan izinNya, Dia akan serahkan cinta dan kasihmu pada perempuanmu, kepada hawamu.....perempuan itulah jodohmu, perempuan yang akan bersama sama mu sehingga syurga Allah kelak...InsyaALLAH...




notakaki: "sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang trbaik dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri...seandainya seseorang itu hanya dpat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah..maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan..."
-Imam Hasan al Basri-