Friday, June 29, 2012

teksi oh teksi!

Assalamualaikum and selamat pagi!!!
Apa khabar kengkawan, hope semua sihat, selamat menyambut hari lahir kepada sesiapa yang menyambut hari lahir hari. Alhamdulillah, Allah masih memberi kita peluang untuk bernafas di bumi Tuhan ni.
- Big Bang -
     Hari ni aku tak boleh tidur even aku ada batal baru yang printed with gambar BigBang (group korea yang aku gila skang ni...hehe). Camne nak tidur kalau diorang tengok aku kan???mestilah malu....Ermmmm....
     Apa???ok, aku tau yang aku nak cerita pasal teksi bukan BigBang ku itu. Cerita nyer begini. Satu hari tu aku nak balik ke kampus. So, dari tempat popular bagi student UiTM JB iaitu Terminal Larkin, aku amek la teksi satu patu bungkus bawak balik......POYOSSSS!!!
     Actually, aku tahan satu teksi ni. Then, dengan suara sesopan yang ada, berbekalkan wajah yang comel macam sailormoon, aku tanya larh pkcik tu....

aku : Pakcik, ke UiTM boleh???
pkcik:...........(desiran angin jew~~~~)

     Aku naik jew larh. Tetiba, ada satu kancil ni mencilok di hadapan jalan kami. Pemandunye perempuan. Sigh!!.Cuba korang teka apa yang berlaku???? that pemandu kancil tu percuma dapat maki selepas azan zohor berkumandang. Eh! ada suara rupanya pakcik ni. Ingatkan bisu atau pekak yang kronik. Sampaila ke destinasi. Aku pun tanya la soalan yang aku tak suka nak tanya...
aku: berapa pakcik???

pakcik: .....(sambil tangan menunjuk pada meter teksi...)
aku : ni pakcik....terima kasih...(sambil menggaru tapak kaki yang gatal dan melemparkan senyuman menawan bak nora danish....
     pakcik tu ambik dan yang aku dengar just deruan angin dan suara kak zam, owner warung nasi ayam penyet terbaek abad ini tu menjerit mintak order....
    Huh!!!! aku berfikiran positif masa first aku melangkahkan kaki aku yang cute ni ke dalam teksi die. Da lah langsung tak jawab salam aku, muka teging jew macam ular tercekik timun. Kerek giler pakcik ni. Baru jadi pemandu teksi yang beruniform, da nak tunjuk cam bagus. Aku bukan apa kengkawan, kita ni sesama manusia.Menghormati orang lain kalau nak kita hormat kat dia.Tak payah nak tinggi sangat hidung tu. Annoying tau!!!! 
   Kenapa ntah pkcik ni. Ntah gaduh ngan isteri muda ke, da menopous ke, ntahla...marah kat tempat lain, jangan lepaskan kat customer. Hadoiiiiii.....



nota kak senah : macam-macam ragam manusia kat dunia ni. Apa-apa pun, kita tetap kena deal with those people. Redha jew larh...sigh!

Sunday, June 24, 2012

Barakah Jumaat

Assalamualaikum awak! Mmmmm, awak jugak =P dan awak-awak...

Lepas "hujan" di entry yang lepas, entry kali ni aku bagi "pelangi" plak, hehe.....
Kenapa aku rasa yang skill menulis aku macam dah tak best...hmmm..entahla...Last friday, aku dapat makan tengahari free!!! it was awesooomeeeee!!!! (makan free meyh, mana tak awesome nyer), thanks to Norol sebab belanja.
     Cerita di sebalik makanan tengahari kami satu "negara" yang free tu ialah kerana meraikan atau majlis doa selamat tak rasmi kami kerana Norol telah pun di tabalkan menjadi NYDP or stands for Naib Yang Di-Pertua ACE di UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru yang "besar" ni...hehe=p....Apakah itu Ace???Rasanya ACE tu is for Accountancy Community Empire. Gempak an nama??mestilah...
Malas nak taip bebanyak. Gambar akan menjelaskan semua....Enjoiiiyyyyessss!!!!...buruk ejaan aku (-.-)"

my classmates...ada certain yang takde dalam picture ni, maybe malu atau aku tak sempat nak capture...hehe


bersama Puan Safiah yang telah belanja kitorang aiscream feveret aku...sayang puan lebih larh camni...



orang-orang dapur yang sangatla buzy...



awek ni memang nak bergambar tapi pakai camera orang lain...hampeh!

yang di raikan, Norol. Sory gambar tak terang...
 menu tengahari tu memang terbaik. Macam-macam jenis kuih Malaysia ada. Paling best mak tuk punya karipap telur. Sangat marvelous!! Nugget penuh semangat Jiji. Sandwich yang sedap. Air jagung tajaan kafe. Seronok giler!!! Semoga persahabatan yang terjalin kekal dan diberkati Allah...InsyaAllah...                                                                              

Wednesday, June 20, 2012

Dan aku sakit lagi...

Assalamualaikum blogger,
Tonight, rasa sangat down. Sesuai dengan tajuk entry kali ni, dan aku sakit lagi...
It's kinda sucks right?? YA RIGHT!! i am feel totally sucks with myself. The cerita is begini....
Semalam aku turun pergi lab kt kampus aku yang tersayang untuk membuat assignment berkumpulan with one of my group members. Sementara menunggu dia, aku pun turn on computer then as usual mesti akan ter'login' my facebook account. Unfortunately, the guy that I care punya profile picture is gambar seorang girl yang sangat cantik. Sangat sesuai dengan dia. Status relationship pun dah tukar. Aku assume yang dia dah ada new girl, die dah malas nak layan aku, or maybe tak nak kawan aku lagi. Actually, die bukan jenis lelaki yang dah bosan then leave. He is a good and kindhearted man but I'm done bro!!! I'm totally done and tired of waiting for you to look at me even just glare...

Anonymous: dah kenapa perempuan nih????baru tengok profil picture and status dah tukar, terus nak lari, and nak ngamuk. Paling tak tahan, siap deactivate account facebook bagai....ntah hape-hape!!!!

Mesti korang akan fikir that things gak kan?? Penatla, aku just nak ketenangan hidup. Aku just nak lupakan this feel. SUMPAH! aku penat gila. Penat menangis, penat memendam and penat berlakon. Just imagine, everytime aku bukak facebook yang keluar post that guy yang sangat bahagia berkomen-komen dengan perempuan lain. Diorang sometimes keluar sama-sama. Mungkin akan nampak macam aku ni perasan, perempuan gedik, perempuan yang tak tahu malu sebab just because of dia keluar dengan perempuan lain yang sebenarnya kawan dia gak tanpa ajak aku then terus aku nak kecik hati and wat assumption sendiri. Then aku menangis macam perempuan gila, sewel, hilang akal dan ntah hape-hape lagi. Itu bodoh Cik Norbaizura binti Zainun!!!! sangat bodoh!!! If aku continue camni aku akan totally screw.

Dear that guy,
Aku tak pernah mintak benda jadi macam ni. Perasaan tu datang sendiri. Aku sayang kau kerana Allah..dan andai Allah tetapkan kau bukan untuk aku dan jika Allah kehendakkan yang kita akan jauh,  aku redha, InsyaAllah aku akan rela lepaskan kau, aku doakan kebahagian kau wahai sahabat. InsyaAllah, jika panjang umurku, di murahkan rezeki, kita akan jumpa lagi...Bila??aku tak pasti tapi yang aku pasti, bila saat itu tiba, aku telah tenang. Aku telah matang. mungkin waktu itu juga kita dah bahagia dengan hidup kita sendiri yang Allah aturkan. Aku yakin aturan Allah itu yang terbaik. Aku harap gadis yang berjaya miliki hati kau takkan buat kau kecewa atau sakit macam dulu sebab kesakitan dan kekecewaan itu memberi kesan pada aku.

Perasaan aku????
Hmmmm, apa yang aku rasa is what the hell happen now??aku rasa seperti di tikam-tikam sakitnya, sebak sampai susah untuk bernafas dan semalam aku tak tidur langsung because of this...rasa macam biarlah semua tentang die aku lupa and die pun lupe semua tentang aku tapi itu memang larh mustahil. masalah takkan selesai macam tu je. Bukan salah dia. Salah aku sebab tak pernah lindungi hati sendiri. Sepatutnya hati aku hanya mencintai Allah. Air mata yang mengalir hanya rindukan syurga Allah. Aku lupa itu. Allah akan sentiasa bersama aku walau jahat mana pun aku, berdosanya aku pada-Nya. Kau lupa tu Bai!

I know that this entry kinda boring and ntah hape-hape but this is my feeling, my thought, and most important is my Blog. Aku pergi dulu.....Assalamualaikum.

notakaki: Bila takdir itu perit, bersabarlah...kerana sabar itu indah!