Sunday, April 29, 2012

RESULT OH RESULT !!!

Salam negaraku...
Post kali ni aku nak cerita pasal result semester lepas...HAMPEH!!!
Pointer aku turun gilaaaa!!! fail satu subjek...again, aku akan amek this paper again next semester together with plenty of other subjects. Perasaan tak tahu ar nak cakap. Nak nangis pun macam tak guna. Dengan bermacam benda jadi kat aku, aku da rasa tawar, setawar air di air tawar. Terselit tongue twister sikit. Takpela, layankan je larh yek...
     Membe aku cakap, dengan masalah duit bagai semua ue, jadi salah satu punca atau sumbangan besar kepada kejatuhan aku pada zaman atau era ini. Sebenarnye tak payah nak salahkan masalah ue. Mungkin betul salah satu puncanya sebab masalah aku tu tapi semua orang ada masalah gak meyh. Kenapa semua orang tak macam aku plak?? Fikirkan di situ. Semua orang ada masalah tapi bezanya ialah cara kita tangani masalah and emosi kita. Am i right??? Absolutely...Another reason is, hubungan or relationship. "HABLUMMINALLAH" and "HABLIMMINANNAS", hubungan manusia dengan Allah dan hubungan kita sesama manusia. Aku mengaku yang aku berdosa. Aku cuba nak jadi lebih baik tapi silap aku sendiri, tak kuat, tak teguh pendirian. Ibu cakap, solat tu jaga tapi aku.....??? Mungkin aku terlalu sibuk hal orang. Mungkin perbuatan atau kata-kata aku menyakitkan orang lain. Tanpa aku sedar. Dan semua ini terjadi tanpa redha Allah. Aku mohon maaf...maaf dari hati.
     So, seperti biasa aku akan tanamkan azam untuk belajar dengan lebih bersungguh, menjadi lebih tabah dan menjadi manusia yang lebih keras hatinya. Jangan nak mengada menangis untuk sesuatu yang tak patut langsung untuk di tangisi. Aku kena kuat. Menjadi manusia yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dalam tiap tutur kata dan tingkah laku ku,InsyaAllah...Aku nak jaga ibu and adik-adik. So, aku kena kuat. REMEMBER! kau kena kuat Bai!!! FIGHTING!!


DON'T GIVE UP!
     " Perjalanan hidup ini masih panjang, terlalu banyak ranjaunya. Kita tak tahu, mungkin sepanjang perjalanan itu di hiasi langit cerah, bunga-bunga, kicauan beburung...Atau mungkin juga di temani awan mendung, hutan yang gelap tanpa cahaya sehingga kita terjatuh tanpa amaran. Tapi janganlah kau jatuh dan terus mengalah, ada ranting pokok untuk kau berpaut atau mungkin ada tangan yang menghulur, membantu dan berjanji akan menemanimu sepanjang perjalanan yang penuh onak duri dan berliku ini. Bangun dan berdirilah dengan bangga kerana kau telah berjaya melalui ranjau itu tanpa kenal apa itu putus asa....

No comments: