Tuesday, December 20, 2011

doa buat yang terluka

~DOA BUAT HATI YANG TERLUKA~

`•.¸.•`¸.´`•.¸.•`¸.´`•.¸.•`.``•.¸.•`¸.``•.¸.•`¸.``•.¸.•¸.´
Ya Allah,
Bilamana aku masih mengingati si dia yang bukan milikku,
maka,bantulah aku untuk aku melupakan dirinya..
Andai ada kenangan antara kami yang mengikat diri,
maka lupuskanlah ia dari ingatanku..
Biarkan aku jauh dari dirinya,
dan ikatlah diriku ini untuk terus setia dengan kasihMu..
Hilangkan bayangan dia dari mindaku ini Ya Allah,
dan payungilah aku dengan rahmatMu,
Perindahkanlah lisanku ini untuk terus berzikir
menyebut asma' Mu..
agar aku sentiasa selamat dengan CiNTAMU..
Ameen ya Rabbal Alamin..
`•.¸.•`¸.´`•.¸.•`¸.´`•.¸.•`.``•.¸.•`¸.``•.¸.•`¸.``•.¸.•¸.´
 
 
* hanya mampu berdoa agar hati ini tenang, agar hati ini sembuh, agar hati ini kuat, dan agar hati ini sabar berdoa agar air mata ini mengalir hanya kerana ALLLAH dan bukan mengalir kerana dia, bukan kerana kecewa hanya berdoa.....

No comments: