Friday, March 11, 2011

CaNcEr

     entry kali ni aku nak cerita pasal kanser....bukan fakta tapi cerita di sebalik pesakit kanser dan orang-orang yang mereka sayang....

anonymous: apa plak minah ni???
aku: diam kamu!!!!!

     Di satu petang yang indah,sedang aku melepakkan diri di atas katil,membe baik aku datang bilik,dia menangis dan cerita pasal seorang teman dia yang baru sahaja mengetahui tentang kanser yang dia hidapi. Teman membe aku ni tak nak bagitau mak dia about this matter tapi membe aku tu tetap suruh teman die bagitau mak dia. Takkan teman dia nak hadapi semua ni seorang diri an??even membe aku ni ada dengan dia, apalah yang membe aku ni boleh buat. Membe aku ni takut sangat kehilangan orang yang dia sayang. beriya sangat dia nangis, aku pun sedih gak an...

anonymous: elleh!!! "berbual" lebih..
aku: HALLO!!! siapa je kat dunia ni yang sanggup kehilangan orang yang dia sayang kan???no one dude....
anonymous: errr...

     Aku pun rasa betapa pedihnya apabila kita dapat tahu bahawasanya orang yang kita sayang tu menghidapi kanser.Benda ni terjadi apabila my lovely daddy sakit, mula-mula, daddy hanya sakit telinga, then daddy buat tak tahu je, yang daddy fikir nak cari duit untuk sekolahkan aku and adik-adik. Daddy cuma kerja sebagai seorang nelayan. Gaji seorang nelayan ni bergantung pada hasil laut. kekadang ada kekadang langsung tak ada. Pernah sekali tu, aku tengok macam mana daddy kerja. Masa tu hanya tuhan sahaja tahu apa yang aku rasa. Besarnya pengorbanan daddy untuk besarkan kami. Tak lama lepas tu, daddy susah nak dapat ikan, sehinggakan daddy duduk kat rumah tanpa lakukan apa-apa. Then daddy nak balik laut, daddy beriya nak turun laut gak even cuaca tak elok and daddy sakit. Daddy diserang sakit telinga yang amat sangat masa kat laut and terpaksa pakcik ambik bawa balik rumah. Kesian daddy,sangat sakit sampai daddy hanya mampu mengerang, jalan pun daddy tak mampu.

      Esoknya,ibu and pakcik bawa daddy pergi hospital, satu malam daddy kena tahan kat icu. Tepat pukul 2pagi, ibu telefon, ibu kata "....kak,ayah dah ninggal..."aku tak mampu nak kata apa, nenek yang cakap seterusnya dengan ibu...aku bacakan surah yasin untuk daddy sebab tu je yang boleh bagi aku kekuatan. Doktor tak dapat nak sahkan sakit daddy. Bila diorang scan paru-paru daddy diorang tak nampak apa-apa. macam mana kitorang boleh expect daddy cancer sebab bila jiran-jiran mandikan jenazah daddy, diorang rasa panas. Aku di suruh melihat daddy untuk yang terakhir kali. Wajah daddy sangat bersih, sangat tenang, bila ku kucup dahi daddy rasa macam daddy kucup dahi aku. Aku hanya lihat jenazah daddy di bawa ke kubur lepas tu aku tak tahu apa yang berlaku. Aku pengsan, terima kasih pada Zura Atika bt Zolsani sebab dia berada bersama aku sejak jenazah daddy sampai di rumah sehinggalah aku sedar dari pengsan. Dia sahabat aku yang takkan aku lupakan sampai bila-bila.

dear daddy,
       akak rindu sangat kat daddy, jangan risau daddy, akak selalu hadiahkan daddy al fatihah....akak ingat pesan daddy ".....akak nak buat apa buatlah,janji akak jadi orang..."

p/s : al fatihah...

No comments: