Friday, February 25, 2011

kusowtnyer!!!!!!!!!

      apala hai...gara-gara tak pergi makan chicken chop pun dah boleh merajuk ke???aku faham lah yang kau memang dah mengidam tahap kongkang nak makan chicken chop tu and aku mengaku lah aku salah...i'm so sorry my dear friend.


      kesian kawan aku ni, dia dah beriya sangat nak makan makanan tersebut. ceritanya begini, dia dah ajak aku and sorang lagi roomate aku pergi makan chicken chop kat warong yang berhampiran kampus aku. planning memang baek punya tapi biasalah kan, cuaca tak mengizinkan. hujan lebat selebat-lebatnya tapi kawan aku ni punya komfem yang hujan ni jap lagi berhenti. kitorang siap berkerjasama menjampi-jampi segala supaya hujan ni berhenti....(JANGAN TIRU AKSI INI DI RUMAH !...kalau kat kampus tu bolehla sebab aku dah buat)


     nak di pendekkan cerita,hujan pun berhenti la. die pun pegi la mandi. roommate aku yang terbabit sama dengan projek tanpa budget ni masuk dan....


roommate: beb, nak order makan tak?
aku          : kawan aku camne? kata nak makan chicken chop?
roommate: hujan lah,lain kali boleh makan...


   jap lagi kawan aku ni pun masuk bilik, baru habis mandi, dan...


aku    : nak order makan tak?
kawan: kenapa tak pegi makan chicken chop?
aku    : bla...bla...bla...
kawan: malas la aku nak cakap dengan korang!


     since that,die merajuk tak nak cakap dengan kitorang, cakap pun apa yang perlu jew. jangan la marah aku!!! aku dah pujuk la tapi dia dah merajuk, aku dah la tak pandai pujuk orang....yang aku sedih, dia langsung tak sentuh makanan yang aku belikan untuk die dan akhir sekali makanan tu masuk dalam perut aku dan perut roommate aku....kuikuikui c| =
    
      dear kawan tersebut, sory la beb, jangan lah merajuk lama-lama, aku dah rasa lain macam dah ni. sory sangat, aku rasa bersalah sangat ni. kau sama macam mak aku la beb, mak aku kalau tak dapat apa yang dia nak makan mesti dia merajuk tapi tak lama...huhu, rindu pulak kat ibu....gaya macam belajar di perantauan padahal dekat jew....APA????nak cakap aku manja lah tu, biarlah aku nak manja ke apa ke, aku manja dengan mak sendiri lah.....(tersasar dari landasan cerita aku ni....)
~lastly,sorry sangat-sangat kawan~


notakaki: rezeki jangan ditolak, mahal tu rm4.50....rugi kalau buang tauu!

1 comment:

indiependent gurlz said...

good news! membe aku ni dah tak merajuk lagi...huhu...pagi tadi dia dah ok dah....yang funny nye,gara2 tak dpt mkn die merajuk n gara-gara makan gak die ok...huhu...thanks to makan