Monday, March 30, 2026

Aku tak suka "AKU"

Dearest gentle reader...

pffttt, terpengaruh sangat ni. You know la cerita apa ek!

Last few days, aku and family went for a raya photoshoot dekat one of the studios. But this is not about the studio itself or the photographer. All is nice. The ambience, the helps, the photographer itself, all is nice, so nice. But aku nak rant about the subject. Not the family members, they are all awesome and cute and beautiful. The ugly thing in the picture is me. The ugly duckling. Nah, more like a rhino.

"AKU SI HODOH ITU!!!"

When I received the pictures, the photos were taken so nicely, everyone seems happy. The lighting was on top. Everyone so beautiful except me. Damn, how much I hate myself. I really hate myself though. My present in the pictures are awful. Like I don't belong, like I'm not supposed to be there. I shouldn't be there at the first play. I am extremely ugly. My face is ugly. My oversized body is ugly. It's so impossible that my size is eating the large space in that studio. Like you can clearly see me even though I am short because of how big I am.

What I hate about myself? Do you want me to list all of it? Fine, let's get started.

About my looks, I hate my curly and shortage hair. My head almost gone bald because of unsettling problem of dandruff.

I hate my moonlike looking face. You can play golf on my face, and you will never miss a hole. I have big nose, Chappy lips, a lot of pimples, redness, dark marks, whitehead and blackhead. I have tons of oil on my face that maybe you can deep-fry some fries on it.

I hate my teeth, lack of iron, I guess. I lost a few teethes. My gums are horrible. They almost disappeared on planet earth. 

I can keep going though if you want me to.

My body. I hate my unseen neck. I hate my fatty shoulders. I hate every fatty that hangs on my body. I hate my ballon like belly. Like I'm carrying babies for thousands of months. Bloated, swollen, ugly shit belly. The fats on my back. Yeah, you can play it like a playdough.

Don't get me started on my unstable skin color or my giant feet. Fuck! I hate myself!

I never want to see me in the mirror. I hated myself when I see me in the mirror. Like everything is wrong. I know I should be grateful with whatever I have right now. I got feet to walk. I have nose to breath. I have hands to hold, to write and even to blogging. But somehow, I still feel it. I still hate myself. I hope Allah forgive me for this. 

I don't like to be outdoor, meeting peoples. I don't want to present on any occasions. I just want to stay in my room. Just be in here, in my room, safe. I just want to close my eyes and shut down myself from the whole world for a very long time. I'm exhausted. Damn tired. I just hate myself. I do.

The bad thing is, I never feel like this before. But now, the feeling is so strong. So intense. When I saw my old pictures, I look so happy. I used to be happy and don't give a shit about other people's opinion. But now, I hate me. I'm losing me. I hate Me now. The current "ME".




_Aku_

Wednesday, February 4, 2026

Apa Khabar Iman?

Lately I've been consumed with a lot of thoughts. I realized that I just a soulless person who just walking on earth without direction or aim. Without purpose.

Yeah purpose.

Have you ever wondered what is the purpose of a person like you to live?

Why am I even existed?  

How am I supposed to live my life?

Why me? Why it has to be me?

Cliché answered by a person with Iman and faith will be, you had existed for being a servant to your Server. Live your life right, doing goods, don't be bad. Always do your deeds, your Ibadah. When you were tested, seek Allah for helps. Allah already have your life planned. Allah testing you because you were chosen by Him, to test your Iman, to upgrade you. Allah test you because Allah knows you can handle that. You are strong enough to carry those tests. Your purpose of life is always for seeking Allah's blessing. Allah will grant you Heaven. Everyone knows that. Every person who has faith know that.

Then, there is me, a woman yang imannya senipis atau mungkin lebih nipis dari kulit bawang. Aku diuji. Ya, sama seperti orang lain, aku juga diuji. Aku diuji dengan kehilangan mereka yang aku sayang tahun lepas. My beloved grandmother and grandfather. Then, my dearest kak ya got minor stroke. She cannot walk properly. Left side of her body were so weak. He can't even manage herself. Already using pampers. And my mother yang uruskan dia and uruskan rumah as well. My mother also so damn tired. I am tired as well. Kak Ya also tired. Why ya Allah? why us? Those questions always arose when we were tested. Always. Aku tahu jawapannya, Allah uji sebab Allah sayang. Yeah, I know. I damn know that too.

Tapikan ya Allah, kenapa aku rasa macam ni sekarang? Aku rasa terlalu lemah, malas. Aku rindu Kau ya Allah. Aku rindu hati aku ni di peluk dengan penuh kasih dan sayang Kau. Aku rasa kosong. Aku hilang tujuan untuk hidup. Aku seperti ditinggalkan di dalam hutan seorang diri. Aku hilang arah ya Allah.  Aku cuma hidup sebab aku perlu. Aku diperlukan hidup. Aku? Aku macam mana ya Allah? Aku ni apa? Aku rasa kosong tapi tidak tenang. I never genuinely happy. Aku peluk luka aku seorang diri. Aku nangis sendiri. Tapi aku tak tahu apa masalah aku. Aku tak tahu macam mana keadaan aku. Aku tak tahu "Aku".

Seperti permukaan air di tasik, nampak tenang tapi tidak akan pernah tahu apa yang ada di dalamnya.

Seperti berada di dalam satu ruangan yang kosong. Terang, tetapi tak nampak.

Seperti senyapnya malam tapi hingar di fikiran. 

Mungkin hati juga dilanda tsunami.

Pejamkan mata. Esok mungkin masih ada. Esok mungkin kau akan rasa. Kau akan tahu. Mungkin.


~ aku ~

Thursday, January 23, 2025

BABAH, INI ARAHNYA KEMANA YA?

Hellourrr there,

Past few days, aku banyak gila menangis. Firstly because of a book. I bought the book all the way from Jakarta since aku nampak dekat tik tok banyak nak mampus people posted about that book. The author is Khoirul Trian and aku sangat berterima kasih kepada penulis tersebut sebab the books means so much to me. Its like macam some sort of closure untuk aku yang masih hidup ni nak teruskan kehidupan. Oh! tajuk buku tu "ayah, ini arahnya kemana ya?". Read it and then you know it. Aku like menangis so much from page 1 till last page. Tak sampai sejam pun I finished it. But aku sangat grateful and satisfied.

Then, cerita Babah pun ditayangkan. In my point of view, I really jealous dengan Maya, the daughter. To have such a father is really blessing to her. She was sick and her father took care of her till very end. Being sangat supportive despite of dia punya kekurangan sendiri. Dalam cerita tu, you can see a real father would do anything untuk anak dia. Willing to sacrifice a lot of things as long as anak dia happy. Cerita dia slow paced. Aku rasa aku sedih gila watching that movie because of I have thought of my late ayah. Saw Babah reminds me a lot of Ayah. Enjoy the song korunkkk. Till then.  ~ Bai ~






Sunday, January 12, 2025

Untuk "Kita"

Setiap manusia ada impian dan cita-cita. Daripada zaman sekolah, cikgu dah tanya kita, apa cita-cita kita. Masa tu kita naif. Kita tak tahu apa yang dunia or kehidupan akan lontarkan kat kita. Takpe, masa itu kita mampu berimpian, boleh bercita-cita tanpa risau. Jadilah apa pun yang kita mahu. Masa dan waktu itu, kita boleh berimpian dengan percuma.

Kembali berpijak di bumi yang nyata. Setelah kehidupan yang sebenarnya kita lalui, impian dan cita-cita begitu mustahil untuk kita gapai. Malah, semakin takut untuk berimpian. Gentar untuk bercita-cita kerana hakikatnya, kehidupan ini penuh dengan tanggungjawab. Ada yang memerlukan perhatian kita lebih daripada impian kita. Ada yang lebih PENTING daripada impian kita. Surat ini untuk "kita"

Untuk kita,
Terima kasih kerana telah mencuba untuk menjadi manusia yang bertanggungjawab.
Terima kasih kerana telah mencuba untuk mengutamakan keperluan orang lain daripada kemahuan diri sendiri.
Terima kasih kerana telah meletakkan jauh impian dan cita-cita ditepi, demi keperluan dan keselesaan orang yang kita sayang. 
Terima kasih kerana telah mencuba menjaga hati dan perasaan orang lain walaupun kita terpaksa melukakan hati kita sendiri.
Maaf kerana mungkin kita telah terlupa yang kita pernah ada cita cita. kita juga lupa kita ada impian.
Maaf kerana telah membiarkan kita menangis sendirian kerana terlalu letih dengan hidup tapi kita perlu hidup demi kehidupan orang-orang yang kita sayang.
Maaf kerana kita terpaksa memendam segala rasa yang sangat sangat menyesakkan dada, menyembunyikan segala rasa sedih, rasa kecewa, segala rasa sakit dan segala rasa marah disebalik senyuman dan gelak tawa. 
Maaf juga kerana membiarkan kita memeluk luka itu sendiri sehingga sembuh seiring jalannya waktu.
Adakah kita menyesal melepaskan banyak perkara demi mereka??? 
Jawapan kita. TIDAK!
Kita percaya akan ada yang lebih baik untuk kita yang telah ditetapkan untuk kita oleh yang Maha Kaya.
Kita yakin, kita ada perancang yang Maha Hebat, yang Maha Sempurna. Jadi, apa yang kita takutkan?
Dengan itu, kita sangat ikhlas dan bahagia kerana kita memilih mereka yang tersayang dan melepaskan pergi impian dan cita cita.

Ikhlas, Kita.

Thursday, January 2, 2025

Not So Happy New Year

HAPPY NEW YEAR!!!!!

Damn not happy at all. 😩

First day of 2025 was started so bad for me. I saw an accident today. Already happened. I saw a boy lay on the middle of the road, a heavy hand movement. Aku cannot see the face since his face covered with helmet. Someone put the helmet sebelah dia punya head. Even when I drove my car sebelah dia pun still tak nampak his face. Penumpang sebelah aku nampaklah his face. Aku nampak his kaki with seluar dah koyak only. No blood to be seen ya, at all. So I just istighfar and prayed Allah to ease everything for him and everyone. I continued drove my car pergi kerja.

Then, after lunch I dapat whatsapp from my bestfriend, said that my other best friend's brother had passed away because of accident. Long story short, rupanya yang accident tadi, the boy yang aku nampak terbaring lemah atas jalan tadi adalah adik my bestfriend. The family tak tahu pun yang adik dia accident. Diorang dapat call tengahari yang mengatakan yang adik dia dah kritikal then passed away. The accident happened pagi tu maybe around 8.00am to 8.30am. Diorang contact the family dah tengahari???? seriously???

What have I done???!!!!!! I kept questioning myself. Kenapa aku tak tengok that boy? I should tengok then I can call and tell my bestfriend so that the family will know early. At least the family can prepare early. But can we prepare early for this kind of new? But at least the family can see him early. At least the family know. Again, what have I done???!! 

Aku nampak tadi what happened to the family members. The mother passed out. The other siblings cried so hard. The nieces kept calling for their uncle yang dah pergi tinggalkan diorang. My bestfriend cried on my shoulder. And apa yang ada dalam kepala aku, what have I done? will they forgive me because aku tak nampak adik diorang pagi tadi? Aku tak tengok sebab aku ingat itu accident ringan sebab aku tak nampak any darah, or any other vehicle. The face pun terlindung dengan helmet. Aku memang tak dapat nampak pun muka dia. Aku memang tak pernah berhenti if ada accident, sebab dah ramai orang tolong and aku tak nak menyebabkan traffiq jammed dan menyusahkan kenderaan lain. But this happened!!!! what should I do?????!!!!! 

Semua orang cakap, bukan salah aku. Ini takdir Allah. Ini jalan cerita Dia. Siapa kita nak lawan takdir Dia. Perkara ni jadi atas izin Dia. Tapi kenapa aku rasa bersalah? aku rasa ralat dan terkilan sangat sangat. Dan perkataan "kalau" tu kept memenuhi kepala aku. Will they forgive me kalau aku cerita all this to them even though mereka cakap mereka dah redha?? Diorang just pasrah. If they know, I'm sure diorang takkan maafkan aku. Will they?? 

"I am sorry for not see" - Bai -

Saturday, October 19, 2024

Buat Nenek Saya

Buat Nenek Tercinta,

Masih jelas dimata, senyuman nenek sebelum kakak hantar nenek balik ke rumah nenek. Nenek nampak sihat dan nenek cakap jangan lupa jemput nenek semula. Kakak dah ada rasa yang tak enak, rasa yang tidak tenang sejak ibu bagitahu nak hantar nenek ke rumah nenek semula dan dijaga uda untuk beberapa hari atas sebab yang tak dapat dielakkan. Rupanya nenek dihantar untuk dijaga Tuhan. Untuk selamanya.

Nek, kakak mintak maaf sebab kakak belum boleh terima kepergian nenek dengan tenang. Hati kakak masih tak tenang. Kakak masih sedih. Kakak rasa marah, bukan pada Tuhan tapi pada diri sendiri. Kakak rasa masih tak cukup lagi apa yang kakak buat untuk nenek, masih kurang. Kakak rasa bersalah sebab tak temankan nenek tidur kat rumah nenek malam terakhir tu padahal kakak dah ziarah nenek malam tu. Kakak rasa berdosa kat nenek sebab terkadang kakak mengeluh, meninggi suara kat nenek sebab kakak penat dengan kerja. Padahal nenek tak sengaja sebab nenek tak berdaya. Nenek dah tak kuat macam dulu.

Nek, kakak rindu. Rindu sangat kat nenek. Kakak masih terasa hangatnya genggaman tangan kecil nenek juga eratnya pelukan tubuh kecil nenek. Dan itu takkan ada lagi. Lepas ni dah tak ada dah nenek yang nak tanya hari ni kakak bawa bekal apa. Dah tak ada dah nenek yang nak buatkan dan bungkuskan kakak sarapan walaupun kita tak serumah. Dah tak ada nenek yang nak cakap "i love you so much" dekat kakak. Dah tak ada dah nenek yang telefon kakak semata mata nak cakap yang nenek rindukan cucu dia yang setengah tiang ni.

Nek, diorang kata nenek dah tak sakit lagi sebab nenek sakit agak lama. Nenek terpaksa keluar masuk hospital banyak kali. Sampai nenek sudah tiada tenaga lagi untuk melawan. Nenek sangat kuat. Nenek masih berusaha untuk lawan walaupun banyak kali nenek kata nenek penat. Nenek tak menyerah begitu saja. Nenek masih lawan sampai akhirnya Allah kata cukup. Serahkan pada Dia. Dan kakak yakin, ini adalah pengakhiran terbaik yang Allah dah tetapkan.

Diorang kata kakak kuat. Diorang suruh kakak sabar dan redha. Maafkan kakak nenek sebab kakak belum mampu. Kakak masih berperang dengan segala rasa. Tapi kakak juga tahu, ini janji Allah. Sudah tiba masanya jadi kakak kena terima. Redha itu mungkin, ikhlas tu nanti dan kakak sedang usaha untuk sentiasa sabar.

Tenanglah nenek, semoga Allah ampunkan semua dosa nenek dan tempatkan nenek di syurga yang tertinggi. Terima kasih untuk semuanya. Daripada kakak kecil, nenek yang jaga. Temankan kakak tidur. Masakkan makanan kesukaan kakak. Tunggu kakak ya nek. Semoga kita dipertemukan semula dengan sempurna. Kakak sayang nenek. Sayang sangat sangat. I love you nenek, so much.

Alfatihah (dibaca)

Hajah Aiashah Binti Norwan (8/4/1949 - 17/10/2024)









Picture Source: https://www.pinterest.com/pin/motherly-wisdom--89649848803381777/



Tuesday, February 13, 2024

The Famous Mak Jah

Hi korang,

How are you? Masih healing sampai pagi tak balik oh nonono ke?
Balik lah...hidup masih perlu diteruskan. Nak healing sampai bila? terpaling tersakiti ke? Nak buat macam mana, nama pun hidup dik. Jalani je sampai ke sudah.

Ini adalah kesinambungan bitter aku dari posting yang lepas. Hiks! 

Aku bertemu Mak Jan masa aku singgah kedai dia nak beli air untuk buka puasa. Sebab lepas drop my senior kat rumah dia, masih mengambil masa around 10 to 15 minit untuk aku sampai rumah aku. So aku decided nak beli something kat kedai runcit berhampiran rumah my senior tu. Then sedang aku fokus membuat pilihan, ada seorang makcik ni menegur aku...


Mak Cik : Anak ni dari mana nak ke mana?
Aku        : Dari tempat kerja, cik. Ni hantarkan kawan ke rumah dia, lepas tu saya nak balik rumah saya.

dan perbualan kami diteruskan dengan pertanyaan siapa kawan aku tu and kat mana tempat tinggal aku. Then, soalan yang ditunggu tunggu. 

Mak Cik : Masih bersendirian ke macam Aminah (bukan nama sebenar) juga?
Aku        : Alhamdulillah cik, masih single.

Then mak cik tu pun tanya aku selanjutnya lah. The WH question. Then of course aku jawab dengan sangat berhemah ye. Takkan aku nak sizzling mak cik tu pulak. Tak ada sebab mat. 

Jawapan aku mudah. Sejujurnya cik, saya tak fikir langsung pasal kahwin ni. Yang saya fikirkan hari hari ialah saya pergi kerja, cari rezeki, dapat sediakan keperluan untuk ibu dan adik adik saya. Sebenarnya, tak perlu nak fikir pun. Ini ialah rutin dan tanggungjawab saya. Then, aku pun cerita la pasal adik aku sakit and aku dah tak ada ayah, etc.

Habis je aku cerita, mak cik tu angkat tangan dan berdoa, dia minta agar aku ni di berikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan hidup ni. A simple doa but genuinely prayed for me. A stranger yang aku just met 5 minit before, know so little about me, doakan aku mat. I was like, terharu and grateful. Thank you Allah for letting me meet this amazing makcik. 

well, nama mak cik ni Mak Jah. Usually kat dalam drama melayu mesti ada nama Mak Jah ni kan, jadi maid orang orang kaya. Famous kan nama tu? But my Mak Jah is amazing and a great woman.

Till then, Anyeong!

Saturday, January 27, 2024

Favourite Question!

 "engko bila nak kahwin???"

Halah halahhhhh haiiiii!! malas lah ek nak menjawab soalan KBAT ni. Manusia ni bukan tak berakal or tak ada common sense. Takkan lah terbuang kat mana mana tandas awam kan. Kalau aku nak kahwin, aku umum nyah kat TV kerajaan, aku post kat muka buku, aku upload gambar aku berpelukan dengan laki aku kat gram or maybe aku akan post video aku berbulan madu dekat Istanbul di Tik Tok. Lah!!!

TAPI, Tak ada kan? maksudnya aku belum dan tak tahu bila nak kahwin. And maybe, aku tak nak kahwin pun. Actually, aku memang tak ada plan pun nak kahwin. Hah! ada paham?

Now, nak kena bentangkan segala hujah kenapa aku memilih untuk tidak berkahwin pulak. 

Persoalan utama dalam kepala hotak aku ialah, kenapa perlu kahwin? adakah satu keperluan utama menjadi manusia ni kena kahwin? Kalau ko tak kahwin, engko bukan manusia ke? terus disumpah menjadi penyapu? 

Kalau ko nak kahwin semata mata semua orang sekeliling ko dah kahwin, Kenapa ko tak memilih untuk kaya bila orang sekeliling ko kaya?? Lah! Tibeh!

Unpopular and unneeded opinion; perempuan tak boleh kahwin lambat, nanti dah tak laku, kan awkward if perempuan dah 40 tahun baru nak kahwin, nanti nak beranak macam mana? Lelaki lain la, tak kisah sangat kalau dah tua nak kahwin pun.

Halahhh, perempuan tu kacau periuk nasi ko ke nyah kalau kahwin lambat ke, tak kahwin ke. ada susahkan hidup ko? tak ada mat. Dia pandai nak jaga diri dia. Pandai cari rezeki sendiri. Tak kacau pun kehidupan engko yang sok sempurna ituhhh!! Lah Bitter!!

Perkahwinan ni satu ibadah. Ada tanggungjawab yang seorang suami dan juga isteri perlu jalankan seumur hidup mereka selama mana mereke bergelar suami isteri. Seumur hidup itu juga adalah satu tempoh yang amat lama. Mampukah aku nak jalani seumur hidup itu? Mampukah suami aku memegang janji semasa akad itu? Mampukah aku bersabar dan bertolak ansur dengan banyak perkara? mampukah aku berkongsi hidup, susah dan senang bersama sampai ke sudah?

Pelbagai persoalan boleh aku bangkitkan kat sini. Ni belum aku masuk kes pergolakkan rumah tangga akibat di sondol babi betina atau buaya tembaga. Atau rumah tangga yang disangka tenang, tak ada ribut dan tak ada hujan, tiba tiba, lah! "pelangi" mat. Menggunakan perkahwinan untuk dijadikan payung, melindungi pasangan sejoli dan sejantina serta selera eksotik nyah. Kan sheram tuhh. Nah, tajuk seterusnya, Laki Aku Si Tukang Pukul Yang Manjah Kali Yeee!. Malas nak ulas.

Mungkin ada yang cakap aku paranoid atau delulu. Terserah. Ini hidup aku yang sedang kalian persoalankan. Jadi terserah aku lah apa aku nak buat dengan hidup aku. Alhamdulillah, aku masih bahagia even aku tidak bersuami. Alhamdulillah, aku masih ada ibu yang mendoakan aku, ada adik adik yang crack head, ada cousins aku yang super duper cute and Alhamdulillah, I am so grateful. 

I am honestly, genuinely happy without a husband. Thank you for the extra care yer. But no thanks.


Adios!

Saturday, January 20, 2024

Perginya Atuk Yang Tak Akan Kembali

 Bismillah

13/01/2024 bersamaan 1 Rejab 1445h - Telah kembalinya seoranng Atuk kepada Penciptanya.

Atuk ditemui oleh nenek terbaring di dapur. Sebelum berkumandangnya azan subuh. Mungkin Atuk nak ke tandas seperti biasa. Walaupun dah pakai pampers tapi mungkin juga atuk lupa. Atuk selalu juga jatuh tapi Atuk akan menjerit meminta bantuan sebab Atuk tidak mampu lagi berdiri dengan sempurna. Tapi tidak hari itu. Senyap.

Pada usia 89 tahun, Atuk meninggalkan kami. Pergi buat selamanya, Kembali kepada Pencipta yang Maha mengetahui. Perancang yang sempurna. 

On the day of the funeral, aku sedih, aku juga nangis. Sama macam orang lain yang kehilangan. Tapi aku bersyukur sebab i can be part of the funeral. Aku dapat mandikan jenazah Atuk. Aku dapat bersihkan kaki Atuk yang berkedut. Semasa menyuci tu aku perasan ada luka di celahan jari. Kasihan Atuk saya. Aku juga dapat melihat the whole process of mengkafankan Atuk. Walaupun aku sedikit menggigil. Muka Atuk sangat sangat tenang. Especially bila dipakaikan turban haji. Allah, kacak Atuk saya. Bersih.

Alhamdullilah, the funeral went well and fast. Allah mudahkan semuanya. Cuaca pun tak hujan dan tak terlalu panas masa funeral tu. 

Dear Allah, 

Sesungguhnya yang hidup itu akan mati. Itu pasti. Aku redha and ikhlaskan Atuk pergi. Kesian Atuk, penat dengan dunia yang bukan bukan ni. Tapi aku mohon Ya Allah, lapangkan kubur Atuk, Ayah dan Paklang, haramkan api neraka dari menyentuh mereka Ya Allah. Pertemukan kami sekeluarga di syurgaMu. 

Till then, be with me Ya Allah. Help me so then later i will see all the people i love in heaven.


~ Bai ~ 

Saturday, September 30, 2023

oh My Dear Yaya

Dear Yaya, 

I am so sorry for not being with you when you were diagnosed with Lymphoma Skin Cancer a year ago. I am so sorry for not hugging you when you were told about the cruel fact that you have to start a war with your sickness, with your pain, with your roller coaster like emotion, with all the uncomfort & crap condition. I am teribly sorry for whatever I can't do. I am so sorry for my fucking behavior. I am so sorry for everything, Yaya.

I love you. I love you so much. I am so sorry for not telling I love you more than i should. I am so sorry when I saw you in pain, vommiting everything, weak everytime after you chemo but I'm not saying anything. I remember back then when you shaved your head before you started all the chemo. However, you still you. The same Yaya, my beloved sister. Even now you can't walk properly after the tumour was removed from your leg, you still my Yaya, my beautiful Yaya.   

Oh My Dear Yaya,

Live is short. No one knows when is the end. No matter what happen to us is a blessings from Allah. This is His Love. This is His Mercy. Allah loves you, love us and that is the most important. You are strong. We are strong. A year had been passed. We face that together and we can pass many years to come, insyaAllah. All this shit will pass. This heartache will be healed. All this pain will be gone. For now, let face this together. Let fight this. 

From the bottom of your Eldest's heart, I Love You.



 

Friday, June 2, 2023

He Again (-.-)'

The first company trip on Aug 2019. Before all the shit of covid ni jadi. We went to Genting Highland. He drove the car all the way from Johor and aku duduk sebelah dia. Dalam sejarah ya, aku tak tidur pun sepanjang perjalanan tu. Sebab aku excited sangat. Ahaks!. and aku takut aku akan berdengkur punyeiii. We berhenti lunch dekat RnR Jejantas Ayer Keroh. Makan lunch pun duduk sebelah aku. Hikksss.

Then kita masuk dekat snow tu pulak. Aku dah lah tak tahan sejuk. So, sepanjang dalam snow place tu, aku berdiri je. Then member dengan bos aku pun jenis kuat menyakat. Diorang nak baling snow dekat aku. Oleh kerana shield yang terdekat tu dia je so I hid behind him while holding the corner of his jacket. We ate cotton candy together. Of course with all our friends and bos and also bos' kids. They all serang my one and only cotton candy (-_-)'

Pada hujung tahun 2019 pula, We pergi Perak then balik dari Perak tu we singgah cameron, tidur kat Cameron satu malam. We went there naik bus. Masa kat dalam bus, He lapar then i offered my bread. Mula-mula dia tak nak. We arguing la kan then sampai satu tahap i said, "you tak sayang i ke??" then dia ambil and makan. I was like, okay, dia sayang aku. Hiksss again.

Masa dekat Pulau Pangkor. We naik bot for island hoping. Then last sekali we mandi pantai. At first just me and my one friend. Yang lain semua cari makan. Then dia datang with his favourite food which is sotong goreng tepung. Then dia offer we makan. How can we eat, tangan we kotor right. Then he feed me. HALLO!!! HE FEED ME!!! FEED ME!!  nasib baik aku tak pengsan. Well, dia feed my friend juga. We like adik-adik yang di jaga abangnya. This is not the end ya.

Next, dia pergi tukar baju since we pujuk dia join sekali kitorang dekat pantai tu. Masa dekat pantai tu, the air pantai macam tarik kitorang ke tengah taw. So macam unbalance sikit. Tapi aku ni degil, masih nak kedalam sikit. Takkan nak main kat tepi je an. Mana syok, tak mencabar. But, he held my hand so that i tak hilang balance and aku boleh la main dengan bahagia. Which I was. Aku rasa selamat. Aku rasa bahagia. My hand in his for some time. 

Tak habis situ ya. Even kitorang dah habis session lovey dovey kitorang dekat pantai tu, we continued dekat kolam mandi at our challet. Then, dah nak maghrib, we ada event pulak malam tu, so kena naik untuk bersiap la kan. Of course aku tak nak naik, I'm hugging his arm pretending not wanted to leave the pool which was I really don't want and he pulled me out. Dalam air berani la, sebab ringan sikit. Hahaha....

Kalau nak dirumuskan cerita ni, Dia ni lah lelaki pertama yang layan aku macam perempuan. Very gentleman and well manners. Sometimes kuat mengusik juga. Don't made me start cerita masa we tengok movie sama sama. Omaigad this guy arrr, really like to tease people. Masa we pergi Desaru was the start of everything. Masa tu we start rapat. I miss him. Really miss him sebenarnya. Dia ni macam gift or sesuatu yang buat aku lupa yang aku pernah terluka. Temporary je la.  

A lot of things happened. That I can never forget and I don't want to. Sebab tu aku buat posting ni. Sebab aku tak nak lupa all the memories, the feelings, the people and of course Him. 

xoxo, Bai 💋

Saturday, February 11, 2023

He


Everything started with "wo ai ni"😅

Dia nak ajar aku macam mana cakap "i love you" in chinese so i can said that to my friend through walkee talkee. But then he just said that "wo ai ni" out of blue. Aku pura pura lah terkejut, kekonon memang intention dia nak cakap perkataan tu kat aku, then aku pura pura blushing la tapi sebaliknya. Dia yang blushing. Telinga dia dengan muka dia merah betul. Masa tu dia masih ada pipi yang comel. Hehe... My intention was just wanted to teased him back then.

Pada awalnya, cuma bergurau. Cuma mengusik. 

Then once, we had to went to client's office for some works. It happened that day was my birthday. And during lunch, He excused himself. So, aku ingat dia pergi toilet lah. Sebab dia memang suka pergi toilet. But then dia balik semula at our table with a piece of  Tiramisu cake. And it's for me. That was the sweetest thing that a guy ever did to me. And he never missed to sent me cake every year even after he resigned. During MCO, he even made a group video call for my birthday celebration. Sweet namateyyyy. Tahap potong kaki punya beb.

Whenever we outstation, He always be the one who carried the bag full of documents. He always had this gesture of "ladies first". He will let me walk first. He opened the office door for me and ask me to walked in first. Ask me what to eat. He will prioritize other people before himself. Ada one time tu, we go meeting client, just us, not with the rest of the team. And it happens that day was valentine day. I am not celebrate that day. Just mention it ya. Then we go lunch together at this sushi place. He loves sushi ya. So, makanan kitorang pun sampai lah satu persatu. Last sekali was chicken karage. Macam ayam goreng la gitu. Then dekat sauce tu diorang lukis love shape guna mayo. Me & him like. Sambung je makan macam tak ada apa apa yang terjadi. Hiks   

I remembered that one fine rainy days, we shared umbrella together. Macam drama korea kan?? I know but I don't care. I experienced that and I love that. Not once but twice. Melting teruk! 

Aku ni minah rempit tak berapa nak sejati la. One fine day aku pergi la kerja, ride my Honda wave cabuk tu. Then hujan selebat lebatnya ekk. Sampai office, I was drenched. Like baru lepas pergi waterpark. Then aku call my mother to hantar my baju kering. Then, He volunteered himself nak pergi pick up baju aku tu kat bawah. Gentleman nya awak ni. Pick up dekat ibu aku okay. Like my mother. Even though it's not like first time actually. Before tu pernah je jumpa my mom masa dia datang beraya kat rumah. This man full with manners.😍😍😍

Before the covid happen, macam early covid era tu la, suddenly i got sick taw, demam. Then bos i cakap I kena separated from my collegues la. So, aku diasingkan di dalam old file room. My bestie bagi me water & medicine then let me rest la before my family come to pick me up. Then this guy punya comel, dia masuk that room then pura pura geledah old boxes, macam looking for something. Then, dia tanya I okay tak, then keluar tak bawak apa apa pun. He was literaly checking on me ya. I am touched! I mean by my heart la.

okay...we sambung part 2, sebab terlalu panjang kalau nak share in one post je. Let make it drama 40 episode. Till Then.

xoxo😘



 

Saturday, January 14, 2023

Life Updates

Assalamualaikum
Its been a long... so long time kan?
Aku masih seketul Baizura yang sama, muka yang sama (cuma semakin tua, maklumlah collagen dah kurang), badan yang sama (mungkin dah lagi kembang), 
dan hati yang sama...Hmmmm..yup, hati yang sama 😔(sigh!)

Summary of my life since 2015 until now is January 2023 
What happened to Ms Baizura this past few years??? 

1) Career 
 ~ Mary Kay Independent Beauty consultant - dunno nak cakap, cuma dah tak ada customer and dah lama gila tak buat sales, so tak menarik
 ~ Account Executive Cum Admin (Jul 2015- Nov 2022) - Sepanjang tahun ni, macam macam yang dah jadi, selain daripada tekanan kerja, tekanan lady bos aku, dan segala tekanan tekanan lain yang hampir membuatkan aku gila. YA, GILA. Hampir ya. Aku juga berkenalan dengan office mates yang super duper baik. And this one special "office mate", I will make one special post for this person.
 ~ Now, bekerja sebagai accountant kot, since aku buat account company bos aku dan client dia. Sebab tak ada offer letter and etc. So gitu la. Aku plan takkan habiskan masa lama dekat sini. Just one year. Sebab aku nak buat kerja lain, Kerja apa?? tu masih dalam pemikiran. Tak tahu lagi. Nak cari kerja yang aku happy and tenang and boleh bagi money freedom and time freedom.

2) Relationship?? Apa tu?? Sejenis makanan?? haiwan buas??? NOTHING KORANG!!!! HOPELESS

3) Family ~ this one agak berkecamuk juga. One of the biggest thing happened was my dearest Aliea, my sister was diagnosed with Lymphoma skin cancer, Stage 4. Still ongoing treatment. Then my one and only uncle, Pak Lang was passed away on 2020 because of his heart. Will posting everything later ya since this post macam teaser lah gitew

That is all I guess. Will update to you all people later ya.

Thanks for reading sayangs💕💕💕

XOXO💋

Tuesday, August 4, 2015

luncai dan labu

hello world!!!!
     on 2nd of june 2015, i'm officially jobless...semua gara-gara aku terlalu ikotkan rasa marah...nak aku cerita ke??
      Ceritanya begini, aku telah bekerja di salah sebuah kedai 24jam ni about 1 and half year gitula. Daripada aku pekerja biasa sampaila da naik assistant kepada manager aku ni. Aku pn kenal die daripada dia masih trainee sampaila da jadi manager ni.
      Biasala, manusia kan, manusia ni memang sifatnya lupa, kadang-kadang sengaja lupa. Aku kerja macam biasa. Hari ahad memang aku yang kira duit semua. So this manager tanya pasal duit cash fund. Duit cash fund tak cukup then die nak split duit yang tak cukup tu and both of us just need to blindly pay that money.
     Like what the hell dia nak aku bayar duit yang takde kena mengena dengan aku??? alasan die sebab duit tu takde sejak raya yang dia cuti aku keje, what the f*$%!!!!...then, the worse part is adik aku ley update moment kat weechat plak pasal maybe die yang songlap duit tu then suap pakwe die, dah sudahhhhh.....
      Pakwe die bengang then call aku seterusnye carut aku...ok thanks a lot dude...kau dah bagi aku pengalaman yang cukup berharga. Sepanjang aku hidup, tak pernah lagi orang maki aku macam tu. Well, aku agak menyirap at first tapi lama-lama aku sedar yang sebenarnye yang mencarut tu lebih rendah maruahnye daripada yang di carut. Dan akhirnya kerana marah, aku pn blah je.
     Aku tak pernah rasa terhina macam tu, dituduh macam arwah ayah rasa dulu. Aku tak pernah membebel when kau bagi aku kerja melambak-lambak even that time takde orang back up aku. Kau bagi aku keje then kau dating ngan balak kau, ada aku cakap apa-apa??? Aku anggap kau macam adik tapi tak sangka adik tu sanggup biarkan lelaki yang belum tentu jaga kau sampai mati hina aku.
     Selama aku kenal kau, aku tengok macam mana kau berubah. Aku pernah tegur tapi tu je la. Aku sedar aku tak layak. Kalau aku nak buat jahat, nak hancurkan kau, nak porak perandakan hidup kau, boleh je, bukan susah sangat juat cakap betul?? macam yang kau buat, cakap je. Tapi aku tak seburuk dan sebusuk kau.
     Allah menegur aku dengan cara yang indah. Aku berhenti kerja, maksud aku lari daripada tanggungjawab aku dan aku tanggung natijahnya. Tapi hikmah Allah tu aku pasti indah. Sabar itu juga indah. Aku yakin dengan takdir Allah,  aku yakin juga dengan rezeki yang Allah tentukan untuk aku. InsyaAllah, Allah akan gantikan sesuatu yang lebih baik dan lebih cantik...subhanallah..

Sunday, March 29, 2015

Lumpuhkanlah ingatanku

Lumpuhkanlah ingatanku by geisha

     Kenapa lagu ni?? Sebab aku mengharapkan itu terjadi. Dengarla sendiri lagu tu then kekorang fahamla kenapa...

     Ada sesetengah perkara yang aku harap aku mampu lupakan. Tapi, tetap tak boleh. Macam pepatah mat salleh..."easy to forgive but hard to forget"....

Kepada seseorang tu,
     Aku masih teringatkan ko, masih rindukan ko, masih sayangkan ko dan mungkin masih ada perasaan terhadap ko lebih daripada seorang kawan. Bukan aku tak cuba untuk lupakan apa yg aku rasa ni tapi tetap tak boleh.
     Satu masa aku rasa aku yakin yang aku da lupakan ko and everything tapi satu masa yang lain aku rasa sayang tu ada sebab aku tak pernah lupakan ko. Aku tau mungkin ko akan rasa menyampah dengan aku. Tentu ko rasa macam aku ni perempuan yang tak sedar diri and tak faham bahasa. Tapi ko tak tau yang betapa susahnye untuk aku buang semua rasa tu. Sebab ko takkan pernah rasa.
     Masa awal2 ko tolak aku dulu, aku da rasa macam orang gila. Aku tak nangis macam sesetengah orang. Aku terus tidur mengharapkan yang aku akan lupakan semua ni esok bila aku bangun tapi malangnya, aku tetap ingat semuanya. Aku cuma nangis lepas sehari dan lepas aku sedar yang aku dah pun kena tolak.
    Aku tetap berusaha untuk lupakan rasa tu. Walau macam mana susah pun aku tetap usahakan. Macam2 cara aku buat, aku cuba alihkan perhatian aku kat lelaki lain, aku sibukkan diri aku dengan aktiviti kelab bagai. Tapi even seharian aku sibuk pun, bila sampai waktu nak tidur, aku akan tetap nangis sebab memikirkan betapa sedihnye keadaan aku...
    Alhamdulillah, even benda ni jadi pun, ko tetap tak berubah, ko jadi brader aku macam biasa. Berkongsi cerita bagai, pasal kehidupan ko, pasal study ko, pasal awek yang tengah dekat dengan ko....ye pasal perempuan2 tu semua. Aku borak dengan ko mcm takde pape, macam benda ni tak ganggu aku langsung tapi hakikatnye, aku rasa sangat sakit. Sakit yang teramat sangat sampai satu tahap bernafas pun buat aku sakit. Ko rasa benda ni senang ke??
     Kau nak tau lagi, betapa bodohnye aku, sehinggakan dah berapa ramai perempuan yang datang dan pergi dalam hidup ko, aku si bodoh ni tetap lagi mencuba membuang rasa, masih menahan perasaan dan menjaga hati agar tidak gila. Aku tetap lagi memikirkan ko dan merindukan ko....bodoh kan aku???
     Berharap?? Berharap yang ko pandang aku tu aku tak pasti, berharap untuk ko sayang aku pun aku tak pasti, tapi berharap untuk lupa semua tentang ko tu, separuh pasti...sbb separuh lagi aku amat rindukan ko, aku harap yang aku lupa betapa sakitnya aku...aku nak lupa rasa sakit tu...itu je yang aku harapkan sekarang, itu aku pasti....sangat pasti...

Berharap yang aku lupa aku pernah sakit sampai hampir mati.....

Berharap yang aku akan lupa bahawa aku hampir dikalahkan dgn perasaan sendiri...

Berharap yang aku takkan pernah lupa yang Allah itu segalanya....

    

    

Sunday, July 6, 2014

Post yg happy!!!!

Hello cold world!!
Haha...dah lama giler tak mengupdate  blog ku yg tercinta ni. Pasti ramai peminat beta yang tertunggu-tunggu cerita beta ini...ehemmm

      Cerita terbaru beta is, beta sedang...eermmm, macam tak kena pulak 'beta' tersebut...Aku sedang bekerja di 7eleven convenient store kat tempat aku. Almost 6month aku dah bekerja kat situ. Atmosphere setakat ni okey je. Aku pun dah agak kamceng dengan peniaga-peniaga jalanan kat sebelah 7e tu. Alhamdulillah, my gaji pun dah naik 850 to 950 and insyaAllah akan di promote ke bahagian management...alhamdulillah...perlahan-lahan kan???

     Sekarang ni rasa teramat rindu masa time belajar dulu, bukan sebab belajar tapi my adik-adik!!!! Sangatla rindu mereka. Tapi aku yakin they will be fine...sentiasa oke. Mereka pn saling merindu. Sweet sangat, aku tak kisah if diorang tak rindu aku or tak sayang aku macam aku sayang giler kat diorang. Aku da cukup bersyukur tengok diorang dapat get along dengan sangat baik, diorang sangat akrab. I just love them. Thanks Allah for giving me this opportunity. Sebab bagi diorang when im really need.

    About my brader aka my crush, Alhamdulillah, kitorang oke je...last time die bagi mesej yang sangat sedih and i dont really like he said something like that. Aku just tak suka bila orang mintak maaf dengan aku with that way, sebab cara tu bukan macam dia. Dia sangat baik sampai aku rasa tak patut untuk dia mintak maaf kat aku sebab dia tak salah kot. Bro, aku sayang ko as my sahabat. Pasal perasaan aku dulu tu just forget it ok. Lagipun aku tak pernah mintak ko jadi milik aku, niat aku cuma nak kau tahu. Walaupun ko tak boleh nak balas apa aku rasa pun aku fine je, sebab aku pun tak pernah terfikir jika kita couple. Sangatla awkward!! So, ko relaks je ye...At first aku mengaku yang aku agak sedih tapi nak wat camne?? I have to face it no matter what kan...so again, im fine and im totally fine...janganla serba salah and apa-apa perasaan yang akan buat kita jauh. Aku macam belum sedia untuk jauh dari ko..macam mana tu ek???  Tak payah la risau or pening bagai, kita akan ok and macam dulu. We will bro!

     Dear daddy, salam ramadhan, even without you with us, insyaAllah this ramadhan will be better than last ramadhan. Hope you'll be fine and dipermudahkan segalanya. Miss you daddy, so much!

Xoxo: zurazainun

Monday, May 5, 2014

post yang rindu!

Hello cold world!!! ahakzzz
It's been a long time since aku update my blog. New year post pun aku tak pasti aku ada update ke tak. So the rindu!!!!!Mesti ramai yang tertanya-tanya tentang kehidupan aku recently kan??? (bajetnye iteeee)

     First and foremost, currently aku kerja kat 7eleven but in the same time aku tgh cari kerja lain. Then my makcik pulak, NAK BERSALIN!!!!! sangatlah exited. One of my best friend are getting ENGAGED!!!!!! Zura dah jadi nurse kat JB and Iera plak tgh continue degree. Apa yang terlintas kat kepala aku is apa nak jadi dengan aku plak ek????

     Problem dalam family plak macam dah tak nak selesai. Masing-masing dengan ego and perngai bajet bagus, I'm so like whatevaaa!!!!  aku malas nak amek tau lagi pasal ni so LANTAKLAAHHHH!!!
Then, hape lagi yang aku tak cite ek??Pengalaman kemudian la ae sebab sekarang ni aku dah mengantuk da ni. Maklumlah baru balik kerja.

    Brader D????perasaan aku kat dia is "entah".....terlalu banyak perkara yang perlu aku fikirkan selain daripada dia such as my adik-adik!!!! owhhh, how I miss them so much, they are my heart, my soul, my music, my magic potion, my everything larh...

Dear korang, even jarak telah menjauhkan kita antara satu sama lain, ia tetap tak dapat memisahkan hubungan hati yang wujud antara kita. We're family right??so we'll meet again....we MUST!!!

untill then, bye korang!!!!

                                                                                                       xoxo: zurazainun

Wednesday, December 4, 2013

what to do??

salam dunia...
hmmmm....(sigh!!)
kenapa??? keadaan aku sekarang ni sangatla menyedihkan. Aku dah lama menganggur, makan, minum, my topup and segala-galanya dari ihsan orang lain. Sedih gila! aku sendiri tak tahu nak buat apa dengan hidup aku. Idea nak buat business tapi takde modal. Suruh kerja elok kat tempat yang jauh sikit, tak sanggup nak take risk, tak nak tinggal family and nak jaga grandparent, ibu and adik-adik. So how meyh???

     I was take care...I mean teman my mak cik kat Kluang, so memang tak de buat apa pun. Aku just buat all the household then melepet tengok tv. Oleh kerana banyak masa free, aku pun terfikir la soal my future. Ingat aku tak bother ke about that. This is my future man. Nak kerja mana, nak buat apa dengan life sendiri sampaila one day my mak cik pun bagi idea. Apa kata kita buat online business. This quite a 'thing' nowadays. Aku pun macam why not kan. Dia nak tolong supply barang semua, modal pun die bagi and i just manage that business. Profit 50-50 la. Kitorang plan nak jual tudung and shawl bagai. Memang nowadays da macam2 jenama tudung tapi yakin pada rezeki la and also our niat. Kita nak bagi kepuasan and kemudahan kat orang kan and in the same time kita dapat buat pahala kan. Niat nak cari rezeki halal. InsyaAllah...He knows everything. Allah akan tolong kalau niat kita baik. Wish me luck sayangss!!

xoxo: zurazainun

  

Tuesday, November 19, 2013

Istiadat Konvokesyen ke-79 UiTM

Hallo graduatesss!!!
Ahakksss! sesaje je nak menggedik..

Assalamualaikum sahabat!!!
     Seperti tajuk di atas, semalam telah berlangsungnya istiadat konvokesyen yang ke-79 uitm di shah alam bagi sidang kesebelas diploma perakaunan. One of the graduates is me. Semalam i'm officially graduate. Alhamdulillah, selama tiga tahun berusaha dan bersusah payah menghadapi segala dugaan, aku berjaya gak tamatkan pengajian dan menggenggam segulung diploma...sekeping diploma kot sebab aku tak gulung pun diploma tu...huhu

     Selama bergelar student ni has been a lot of things happened to me. Some of it sangat menarik dan ada gak yang sangat memerlukan kawalan emosi yang kuat. Even semua ni jadi, aku tak pernah give up. Everytime aku rasa aku tak mampu, aku cakap kat diri sendiri supaya kuat, sabar dan selalu percaya serta yakin kat diri sendiri. Alhamdulillah i made it.

     Aku bukanlah like top student ke, anugerah naib canselor or even dean list. 3pointer above pun aku tak sampai tapi aku dapat habiskan sampai aku mampu grad on time. Bagi budak pemalas macam aku ni this thing sort of macam miracle. Kalau tak kuat iman di dada maybe aku dah lame di'dismiss'kan. Mau tak nye dengan repeat paper melambak-lambak, test yang madah low marks je, di tambah plak dengan quizes yang fail semedang...fuh! (lap peluh sambil melepaskan nafas lega).

     So, janganlah pernah give up in whatever you do. Bila buat sesuatu, buat bersungguh-sungguh and always ingat kat parent. Last but not least, jangan lupa kat Allah. Kalau nak Dia jaga kita, kita mestilah jaga hubungan kita dengan Dia. Minta Dia kuatkan kita, tolong kita. Thats it!!!

    Disebalik rasa so much happy and lega terselit some feel yang tak enak untuk dirasa. hmmmm.... Tapi tak nak cerita kat this post, next la ye baru aku cerita. Sampai sini dulu this sememeh girl cerita, insyaAllah kita jumpa next time.                  

                                 xoxo: zurazainun

    

Friday, November 8, 2013

finally its happen

salam malaysia!
   Post kali lebih beremosi. Kenapa????
  
    Ingat tak pasal pk lang aku?? Kalau tak ingat korang pegi tengok balik post2 aku yang sebelum ni...
Dah ingat ke??...betul la tu..iyela, yang tu....

     OK, aku sambung blek. Aku frust plus sedih plus sadis plus annoying and whatever semua lah when my mkcik suh aku buang my cat, Putih.Aku tetap buang sebab die dah nk terjatuh gara-gara si Putih tu. Sebenarnye reaction dia yang over sebab takut kucing. Kucing tu tak salah apa pun. Aku dah buang kira settle la an. Then, dia emo ngan my adik dia hantar mesej berbaur tak puas hati. My adik pun menyirap ar then she replied the mesej dengan meluahkan rasa sakit jiwa yang selama ni di pendam. My adik called me mengadu what did just happened sambil menangis. I was hurt actually masa tu tapi aku cakap dengan my adik, just let it be. Kebetulan masa tu aku kt cyber cafe tengah online. Aku update ar status menyatakan apa yang aku rasa masa tu. Sekali my mkcik comment the status dar...die punya comment bapak marah....bla..bla..

    Dah, cukuplah ye sebab aku pun tak tahu apa kesudahan cerita ni. Masalah Pk lang dengan my youngest adik tak settle lagi and now aku dengan my mk cik plak. The point now is sekarang ni aku just cakap apa yang aku rasa without mention your name ko dah sampai suh aku buang kau dari hidup aku, selama ni korang tortured aku dengan semua mesej tu tak fikir plak. Aku diamkan je semua mesej tu tanpa sorang pun tahu. Sebab aku tak nak jejaskan hubungan korang adik-beradik. Aku telan sorang-sorang. At the end sampai satu tahap aku hampir nak bunuh diri sebab stress dengan semua masalah. When ibu dan adik-adik tahu pasal the messages, aku gak dimarah blek. Korang tak tahu semua tu kan.

   Like I said, aku mengaku that sebahagian this thing jadi memang salah aku and adik- adik and aku dah mintak maaf. Tak puas hati gak? Fine, again aku mintak maaf. Tapi, kau pernah ke mintak maaf?? Owh, aku lupa, korang tak pernah salah dan takkan pernah salah. Kau pernah tanya aku, salah ke mk saudara nak nasihatkan anak saudara dia; tak salah tapi cuba tengok diri sendiri dulu, adakah cara kau tu betul. Kau tak pernah remaja ke?? seterusnya kau fikir sendiri sebab kau lebih dewasa dan kau lebih tahu kan. Aku tak mintak harta kau ke hape ke, aku cuma mintak kau faham aku dan adik-adik. Tu je....Dengan cara mendiamkan diri tak menyelesaikan apa-apa masalah, pertahankan ego sendiri, refuse untuk bertolak ansur, takkan menyelesaikan masalah even sebesar kuman.

   Aku bukan nak menyalahkan kau tapi aku mengingatkan kau dan juga diri aku sendiri. Bila sesuatu perkara tu jadi kat kita, Allah nak kita cek balik diri sendiri, muhasabah diri kita, bukan sibuk mencari silap dan menunding jari kat orang je. Selagi nama kita manusia, kita takkan berhenti melakukan kesilapan dan bila kita khilaf, kita tidak ego dan tidak malu untuk mengaku kesilapan dan memohon maaf...

p/s : aku bukan nabi yang bersifat maksum dan aku bukan malaikat yang tak pernah khilaf...aku manusia biasa. Manusia yang banyak kekurangan. Maafkan aku jika kekurangan aku ni menyusahkan kamu. Aku tak mintak semua ni jadi. Aku tak tahu...

.