Setiap manusia ada impian dan cita-cita. Daripada zaman sekolah, cikgu dah tanya kita, apa cita-cita kita. Masa tu kita naif. Kita tak tahu apa yang dunia or kehidupan akan lontarkan kat kita. Takpe, masa itu kita mampu berimpian, boleh bercita-cita tanpa risau. Jadilah apa pun yang kita mahu. Masa dan waktu itu, kita boleh berimpian dengan percuma.
Kembali berpijak di bumi yang nyata. Setelah kehidupan yang sebenarnya kita lalui, impian dan cita-cita begitu mustahil untuk kita gapai. Malah, semakin takut untuk berimpian. Gentar untuk bercita-cita kerana hakikatnya, kehidupan ini penuh dengan tanggungjawab. Ada yang memerlukan perhatian kita lebih daripada impian kita. Ada yang lebih PENTING daripada impian kita. Surat ini untuk "kita"
Untuk kita,
Terima kasih kerana telah mencuba untuk menjadi manusia yang bertanggungjawab.
Terima kasih kerana telah mencuba untuk mengutamakan keperluan orang lain daripada kemahuan diri sendiri.
Terima kasih kerana telah meletakkan jauh impian dan cita-cita ditepi, demi keperluan dan keselesaan orang yang kita sayang.
Terima kasih kerana telah mencuba menjaga hati dan perasaan orang lain walaupun kita terpaksa melukakan hati kita sendiri.
Maaf kerana mungkin kita telah terlupa yang kita pernah ada cita cita. kita juga lupa kita ada impian.
Maaf kerana telah membiarkan kita menangis sendirian kerana terlalu letih dengan hidup tapi kita perlu hidup demi kehidupan orang-orang yang kita sayang.
Maaf kerana kita terpaksa memendam segala rasa yang sangat sangat menyesakkan dada, menyembunyikan segala rasa sedih, rasa kecewa, segala rasa sakit dan segala rasa marah disebalik senyuman dan gelak tawa.
Maaf juga kerana membiarkan kita memeluk luka itu sendiri sehingga sembuh seiring jalannya waktu.
Adakah kita menyesal melepaskan banyak perkara demi mereka???
Jawapan kita. TIDAK!
Kita percaya akan ada yang lebih baik untuk kita yang telah ditetapkan untuk kita oleh yang Maha Kaya.
Kita yakin, kita ada perancang yang Maha Hebat, yang Maha Sempurna. Jadi, apa yang kita takutkan?
Dengan itu, kita sangat ikhlas dan bahagia kerana kita memilih mereka yang tersayang dan melepaskan pergi impian dan cita cita.
Ikhlas, Kita.
No comments:
Post a Comment