"engko bila nak kahwin???"
Halah halahhhhh haiiiii!! malas lah ek nak menjawab soalan KBAT ni. Manusia ni bukan tak berakal or tak ada common sense. Takkan lah terbuang kat mana mana tandas awam kan. Kalau aku nak kahwin, aku umum nyah kat TV kerajaan, aku post kat muka buku, aku upload gambar aku berpelukan dengan laki aku kat gram or maybe aku akan post video aku berbulan madu dekat Istanbul di Tik Tok. Lah!!!
TAPI, Tak ada kan? maksudnya aku belum dan tak tahu bila nak kahwin. And maybe, aku tak nak kahwin pun. Actually, aku memang tak ada plan pun nak kahwin. Hah! ada paham?
Now, nak kena bentangkan segala hujah kenapa aku memilih untuk tidak berkahwin pulak.
Persoalan utama dalam kepala hotak aku ialah, kenapa perlu kahwin? adakah satu keperluan utama menjadi manusia ni kena kahwin? Kalau ko tak kahwin, engko bukan manusia ke? terus disumpah menjadi penyapu?
Kalau ko nak kahwin semata mata semua orang sekeliling ko dah kahwin, Kenapa ko tak memilih untuk kaya bila orang sekeliling ko kaya?? Lah! Tibeh!
Unpopular and unneeded opinion; perempuan tak boleh kahwin lambat, nanti dah tak laku, kan awkward if perempuan dah 40 tahun baru nak kahwin, nanti nak beranak macam mana? Lelaki lain la, tak kisah sangat kalau dah tua nak kahwin pun.
Halahhh, perempuan tu kacau periuk nasi ko ke nyah kalau kahwin lambat ke, tak kahwin ke. ada susahkan hidup ko? tak ada mat. Dia pandai nak jaga diri dia. Pandai cari rezeki sendiri. Tak kacau pun kehidupan engko yang sok sempurna ituhhh!! Lah Bitter!!
Perkahwinan ni satu ibadah. Ada tanggungjawab yang seorang suami dan juga isteri perlu jalankan seumur hidup mereka selama mana mereke bergelar suami isteri. Seumur hidup itu juga adalah satu tempoh yang amat lama. Mampukah aku nak jalani seumur hidup itu? Mampukah suami aku memegang janji semasa akad itu? Mampukah aku bersabar dan bertolak ansur dengan banyak perkara? mampukah aku berkongsi hidup, susah dan senang bersama sampai ke sudah?
Pelbagai persoalan boleh aku bangkitkan kat sini. Ni belum aku masuk kes pergolakkan rumah tangga akibat di sondol babi betina atau buaya tembaga. Atau rumah tangga yang disangka tenang, tak ada ribut dan tak ada hujan, tiba tiba, lah! "pelangi" mat. Menggunakan perkahwinan untuk dijadikan payung, melindungi pasangan sejoli dan sejantina serta selera eksotik nyah. Kan sheram tuhh. Nah, tajuk seterusnya, Laki Aku Si Tukang Pukul Yang Manjah Kali Yeee!. Malas nak ulas.
Mungkin ada yang cakap aku paranoid atau delulu. Terserah. Ini hidup aku yang sedang kalian persoalankan. Jadi terserah aku lah apa aku nak buat dengan hidup aku. Alhamdulillah, aku masih bahagia even aku tidak bersuami. Alhamdulillah, aku masih ada ibu yang mendoakan aku, ada adik adik yang crack head, ada cousins aku yang super duper cute and Alhamdulillah, I am so grateful.
I am honestly, genuinely happy without a husband. Thank you for the extra care yer. But no thanks.
Adios!
No comments:
Post a Comment