Bismillah
13/01/2024 bersamaan 1 Rejab 1445h - Telah kembalinya seoranng Atuk kepada Penciptanya.
Atuk ditemui oleh nenek terbaring di dapur. Sebelum berkumandangnya azan subuh. Mungkin Atuk nak ke tandas seperti biasa. Walaupun dah pakai pampers tapi mungkin juga atuk lupa. Atuk selalu juga jatuh tapi Atuk akan menjerit meminta bantuan sebab Atuk tidak mampu lagi berdiri dengan sempurna. Tapi tidak hari itu. Senyap.
Pada usia 89 tahun, Atuk meninggalkan kami. Pergi buat selamanya, Kembali kepada Pencipta yang Maha mengetahui. Perancang yang sempurna.
On the day of the funeral, aku sedih, aku juga nangis. Sama macam orang lain yang kehilangan. Tapi aku bersyukur sebab i can be part of the funeral. Aku dapat mandikan jenazah Atuk. Aku dapat bersihkan kaki Atuk yang berkedut. Semasa menyuci tu aku perasan ada luka di celahan jari. Kasihan Atuk saya. Aku juga dapat melihat the whole process of mengkafankan Atuk. Walaupun aku sedikit menggigil. Muka Atuk sangat sangat tenang. Especially bila dipakaikan turban haji. Allah, kacak Atuk saya. Bersih.
Alhamdullilah, the funeral went well and fast. Allah mudahkan semuanya. Cuaca pun tak hujan dan tak terlalu panas masa funeral tu.
Dear Allah,
Sesungguhnya yang hidup itu akan mati. Itu pasti. Aku redha and ikhlaskan Atuk pergi. Kesian Atuk, penat dengan dunia yang bukan bukan ni. Tapi aku mohon Ya Allah, lapangkan kubur Atuk, Ayah dan Paklang, haramkan api neraka dari menyentuh mereka Ya Allah. Pertemukan kami sekeluarga di syurgaMu.
Till then, be with me Ya Allah. Help me so then later i will see all the people i love in heaven.
~ Bai ~
No comments:
Post a Comment