Thursday, January 23, 2025

BABAH, INI ARAHNYA KEMANA YA?

Hellourrr there,

Past few days, aku banyak gila menangis. Firstly because of a book. I bought the book all the way from Jakarta since aku nampak dekat tik tok banyak nak mampus people posted about that book. The author is Khoirul Trian and aku sangat berterima kasih kepada penulis tersebut sebab the books means so much to me. Its like macam some sort of closure untuk aku yang masih hidup ni nak teruskan kehidupan. Oh! tajuk buku tu "ayah, ini arahnya kemana ya?". Read it and then you know it. Aku like menangis so much from page 1 till last page. Tak sampai sejam pun I finished it. But aku sangat grateful and satisfied.

Then, cerita Babah pun ditayangkan. In my point of view, I really jealous dengan Maya, the daughter. To have such a father is really blessing to her. She was sick and her father took care of her till very end. Being sangat supportive despite of dia punya kekurangan sendiri. Dalam cerita tu, you can see a real father would do anything untuk anak dia. Willing to sacrifice a lot of things as long as anak dia happy. Cerita dia slow paced. Aku rasa aku sedih gila watching that movie because of I have thought of my late ayah. Saw Babah reminds me a lot of Ayah. Enjoy the song korunkkk. Till then.  ~ Bai ~






Sunday, January 12, 2025

Untuk "Kita"

Setiap manusia ada impian dan cita-cita. Daripada zaman sekolah, cikgu dah tanya kita, apa cita-cita kita. Masa tu kita naif. Kita tak tahu apa yang dunia or kehidupan akan lontarkan kat kita. Takpe, masa itu kita mampu berimpian, boleh bercita-cita tanpa risau. Jadilah apa pun yang kita mahu. Masa dan waktu itu, kita boleh berimpian dengan percuma.

Kembali berpijak di bumi yang nyata. Setelah kehidupan yang sebenarnya kita lalui, impian dan cita-cita begitu mustahil untuk kita gapai. Malah, semakin takut untuk berimpian. Gentar untuk bercita-cita kerana hakikatnya, kehidupan ini penuh dengan tanggungjawab. Ada yang memerlukan perhatian kita lebih daripada impian kita. Ada yang lebih PENTING daripada impian kita. Surat ini untuk "kita"

Untuk kita,
Terima kasih kerana telah mencuba untuk menjadi manusia yang bertanggungjawab.
Terima kasih kerana telah mencuba untuk mengutamakan keperluan orang lain daripada kemahuan diri sendiri.
Terima kasih kerana telah meletakkan jauh impian dan cita-cita ditepi, demi keperluan dan keselesaan orang yang kita sayang. 
Terima kasih kerana telah mencuba menjaga hati dan perasaan orang lain walaupun kita terpaksa melukakan hati kita sendiri.
Maaf kerana mungkin kita telah terlupa yang kita pernah ada cita cita. kita juga lupa kita ada impian.
Maaf kerana telah membiarkan kita menangis sendirian kerana terlalu letih dengan hidup tapi kita perlu hidup demi kehidupan orang-orang yang kita sayang.
Maaf kerana kita terpaksa memendam segala rasa yang sangat sangat menyesakkan dada, menyembunyikan segala rasa sedih, rasa kecewa, segala rasa sakit dan segala rasa marah disebalik senyuman dan gelak tawa. 
Maaf juga kerana membiarkan kita memeluk luka itu sendiri sehingga sembuh seiring jalannya waktu.
Adakah kita menyesal melepaskan banyak perkara demi mereka??? 
Jawapan kita. TIDAK!
Kita percaya akan ada yang lebih baik untuk kita yang telah ditetapkan untuk kita oleh yang Maha Kaya.
Kita yakin, kita ada perancang yang Maha Hebat, yang Maha Sempurna. Jadi, apa yang kita takutkan?
Dengan itu, kita sangat ikhlas dan bahagia kerana kita memilih mereka yang tersayang dan melepaskan pergi impian dan cita cita.

Ikhlas, Kita.

Thursday, January 2, 2025

Not So Happy New Year

HAPPY NEW YEAR!!!!!

Damn not happy at all. 😩

First day of 2025 was started so bad for me. I saw an accident today. Already happened. I saw a boy lay on the middle of the road, a heavy hand movement. Aku cannot see the face since his face covered with helmet. Someone put the helmet sebelah dia punya head. Even when I drove my car sebelah dia pun still tak nampak his face. Penumpang sebelah aku nampaklah his face. Aku nampak his kaki with seluar dah koyak only. No blood to be seen ya, at all. So I just istighfar and prayed Allah to ease everything for him and everyone. I continued drove my car pergi kerja.

Then, after lunch I dapat whatsapp from my bestfriend, said that my other best friend's brother had passed away because of accident. Long story short, rupanya yang accident tadi, the boy yang aku nampak terbaring lemah atas jalan tadi adalah adik my bestfriend. The family tak tahu pun yang adik dia accident. Diorang dapat call tengahari yang mengatakan yang adik dia dah kritikal then passed away. The accident happened pagi tu maybe around 8.00am to 8.30am. Diorang contact the family dah tengahari???? seriously???

What have I done???!!!!!! I kept questioning myself. Kenapa aku tak tengok that boy? I should tengok then I can call and tell my bestfriend so that the family will know early. At least the family can prepare early. But can we prepare early for this kind of new? But at least the family can see him early. At least the family know. Again, what have I done???!! 

Aku nampak tadi what happened to the family members. The mother passed out. The other siblings cried so hard. The nieces kept calling for their uncle yang dah pergi tinggalkan diorang. My bestfriend cried on my shoulder. And apa yang ada dalam kepala aku, what have I done? will they forgive me because aku tak nampak adik diorang pagi tadi? Aku tak tengok sebab aku ingat itu accident ringan sebab aku tak nampak any darah, or any other vehicle. The face pun terlindung dengan helmet. Aku memang tak dapat nampak pun muka dia. Aku memang tak pernah berhenti if ada accident, sebab dah ramai orang tolong and aku tak nak menyebabkan traffiq jammed dan menyusahkan kenderaan lain. But this happened!!!! what should I do?????!!!!! 

Semua orang cakap, bukan salah aku. Ini takdir Allah. Ini jalan cerita Dia. Siapa kita nak lawan takdir Dia. Perkara ni jadi atas izin Dia. Tapi kenapa aku rasa bersalah? aku rasa ralat dan terkilan sangat sangat. Dan perkataan "kalau" tu kept memenuhi kepala aku. Will they forgive me kalau aku cerita all this to them even though mereka cakap mereka dah redha?? Diorang just pasrah. If they know, I'm sure diorang takkan maafkan aku. Will they?? 

"I am sorry for not see" - Bai -