Saturday, October 19, 2024

Buat Nenek Saya

Buat Nenek Tercinta,

Masih jelas dimata, senyuman nenek sebelum kakak hantar nenek balik ke rumah nenek. Nenek nampak sihat dan nenek cakap jangan lupa jemput nenek semula. Kakak dah ada rasa yang tak enak, rasa yang tidak tenang sejak ibu bagitahu nak hantar nenek ke rumah nenek semula dan dijaga uda untuk beberapa hari atas sebab yang tak dapat dielakkan. Rupanya nenek dihantar untuk dijaga Tuhan. Untuk selamanya.

Nek, kakak mintak maaf sebab kakak belum boleh terima kepergian nenek dengan tenang. Hati kakak masih tak tenang. Kakak masih sedih. Kakak rasa marah, bukan pada Tuhan tapi pada diri sendiri. Kakak rasa masih tak cukup lagi apa yang kakak buat untuk nenek, masih kurang. Kakak rasa bersalah sebab tak temankan nenek tidur kat rumah nenek malam terakhir tu padahal kakak dah ziarah nenek malam tu. Kakak rasa berdosa kat nenek sebab terkadang kakak mengeluh, meninggi suara kat nenek sebab kakak penat dengan kerja. Padahal nenek tak sengaja sebab nenek tak berdaya. Nenek dah tak kuat macam dulu.

Nek, kakak rindu. Rindu sangat kat nenek. Kakak masih terasa hangatnya genggaman tangan kecil nenek juga eratnya pelukan tubuh kecil nenek. Dan itu takkan ada lagi. Lepas ni dah tak ada dah nenek yang nak tanya hari ni kakak bawa bekal apa. Dah tak ada dah nenek yang nak buatkan dan bungkuskan kakak sarapan walaupun kita tak serumah. Dah tak ada nenek yang nak cakap "i love you so much" dekat kakak. Dah tak ada dah nenek yang telefon kakak semata mata nak cakap yang nenek rindukan cucu dia yang setengah tiang ni.

Nek, diorang kata nenek dah tak sakit lagi sebab nenek sakit agak lama. Nenek terpaksa keluar masuk hospital banyak kali. Sampai nenek sudah tiada tenaga lagi untuk melawan. Nenek sangat kuat. Nenek masih berusaha untuk lawan walaupun banyak kali nenek kata nenek penat. Nenek tak menyerah begitu saja. Nenek masih lawan sampai akhirnya Allah kata cukup. Serahkan pada Dia. Dan kakak yakin, ini adalah pengakhiran terbaik yang Allah dah tetapkan.

Diorang kata kakak kuat. Diorang suruh kakak sabar dan redha. Maafkan kakak nenek sebab kakak belum mampu. Kakak masih berperang dengan segala rasa. Tapi kakak juga tahu, ini janji Allah. Sudah tiba masanya jadi kakak kena terima. Redha itu mungkin, ikhlas tu nanti dan kakak sedang usaha untuk sentiasa sabar.

Tenanglah nenek, semoga Allah ampunkan semua dosa nenek dan tempatkan nenek di syurga yang tertinggi. Terima kasih untuk semuanya. Daripada kakak kecil, nenek yang jaga. Temankan kakak tidur. Masakkan makanan kesukaan kakak. Tunggu kakak ya nek. Semoga kita dipertemukan semula dengan sempurna. Kakak sayang nenek. Sayang sangat sangat. I love you nenek, so much.

Alfatihah (dibaca)

Hajah Aiashah Binti Norwan (8/4/1949 - 17/10/2024)









Picture Source: https://www.pinterest.com/pin/motherly-wisdom--89649848803381777/



Tuesday, February 13, 2024

The Famous Mak Jah

Hi korang,

How are you? Masih healing sampai pagi tak balik oh nonono ke?
Balik lah...hidup masih perlu diteruskan. Nak healing sampai bila? terpaling tersakiti ke? Nak buat macam mana, nama pun hidup dik. Jalani je sampai ke sudah.

Ini adalah kesinambungan bitter aku dari posting yang lepas. Hiks! 

Aku bertemu Mak Jan masa aku singgah kedai dia nak beli air untuk buka puasa. Sebab lepas drop my senior kat rumah dia, masih mengambil masa around 10 to 15 minit untuk aku sampai rumah aku. So aku decided nak beli something kat kedai runcit berhampiran rumah my senior tu. Then sedang aku fokus membuat pilihan, ada seorang makcik ni menegur aku...


Mak Cik : Anak ni dari mana nak ke mana?
Aku        : Dari tempat kerja, cik. Ni hantarkan kawan ke rumah dia, lepas tu saya nak balik rumah saya.

dan perbualan kami diteruskan dengan pertanyaan siapa kawan aku tu and kat mana tempat tinggal aku. Then, soalan yang ditunggu tunggu. 

Mak Cik : Masih bersendirian ke macam Aminah (bukan nama sebenar) juga?
Aku        : Alhamdulillah cik, masih single.

Then mak cik tu pun tanya aku selanjutnya lah. The WH question. Then of course aku jawab dengan sangat berhemah ye. Takkan aku nak sizzling mak cik tu pulak. Tak ada sebab mat. 

Jawapan aku mudah. Sejujurnya cik, saya tak fikir langsung pasal kahwin ni. Yang saya fikirkan hari hari ialah saya pergi kerja, cari rezeki, dapat sediakan keperluan untuk ibu dan adik adik saya. Sebenarnya, tak perlu nak fikir pun. Ini ialah rutin dan tanggungjawab saya. Then, aku pun cerita la pasal adik aku sakit and aku dah tak ada ayah, etc.

Habis je aku cerita, mak cik tu angkat tangan dan berdoa, dia minta agar aku ni di berikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan hidup ni. A simple doa but genuinely prayed for me. A stranger yang aku just met 5 minit before, know so little about me, doakan aku mat. I was like, terharu and grateful. Thank you Allah for letting me meet this amazing makcik. 

well, nama mak cik ni Mak Jah. Usually kat dalam drama melayu mesti ada nama Mak Jah ni kan, jadi maid orang orang kaya. Famous kan nama tu? But my Mak Jah is amazing and a great woman.

Till then, Anyeong!

Saturday, January 27, 2024

Favourite Question!

 "engko bila nak kahwin???"

Halah halahhhhh haiiiii!! malas lah ek nak menjawab soalan KBAT ni. Manusia ni bukan tak berakal or tak ada common sense. Takkan lah terbuang kat mana mana tandas awam kan. Kalau aku nak kahwin, aku umum nyah kat TV kerajaan, aku post kat muka buku, aku upload gambar aku berpelukan dengan laki aku kat gram or maybe aku akan post video aku berbulan madu dekat Istanbul di Tik Tok. Lah!!!

TAPI, Tak ada kan? maksudnya aku belum dan tak tahu bila nak kahwin. And maybe, aku tak nak kahwin pun. Actually, aku memang tak ada plan pun nak kahwin. Hah! ada paham?

Now, nak kena bentangkan segala hujah kenapa aku memilih untuk tidak berkahwin pulak. 

Persoalan utama dalam kepala hotak aku ialah, kenapa perlu kahwin? adakah satu keperluan utama menjadi manusia ni kena kahwin? Kalau ko tak kahwin, engko bukan manusia ke? terus disumpah menjadi penyapu? 

Kalau ko nak kahwin semata mata semua orang sekeliling ko dah kahwin, Kenapa ko tak memilih untuk kaya bila orang sekeliling ko kaya?? Lah! Tibeh!

Unpopular and unneeded opinion; perempuan tak boleh kahwin lambat, nanti dah tak laku, kan awkward if perempuan dah 40 tahun baru nak kahwin, nanti nak beranak macam mana? Lelaki lain la, tak kisah sangat kalau dah tua nak kahwin pun.

Halahhh, perempuan tu kacau periuk nasi ko ke nyah kalau kahwin lambat ke, tak kahwin ke. ada susahkan hidup ko? tak ada mat. Dia pandai nak jaga diri dia. Pandai cari rezeki sendiri. Tak kacau pun kehidupan engko yang sok sempurna ituhhh!! Lah Bitter!!

Perkahwinan ni satu ibadah. Ada tanggungjawab yang seorang suami dan juga isteri perlu jalankan seumur hidup mereka selama mana mereke bergelar suami isteri. Seumur hidup itu juga adalah satu tempoh yang amat lama. Mampukah aku nak jalani seumur hidup itu? Mampukah suami aku memegang janji semasa akad itu? Mampukah aku bersabar dan bertolak ansur dengan banyak perkara? mampukah aku berkongsi hidup, susah dan senang bersama sampai ke sudah?

Pelbagai persoalan boleh aku bangkitkan kat sini. Ni belum aku masuk kes pergolakkan rumah tangga akibat di sondol babi betina atau buaya tembaga. Atau rumah tangga yang disangka tenang, tak ada ribut dan tak ada hujan, tiba tiba, lah! "pelangi" mat. Menggunakan perkahwinan untuk dijadikan payung, melindungi pasangan sejoli dan sejantina serta selera eksotik nyah. Kan sheram tuhh. Nah, tajuk seterusnya, Laki Aku Si Tukang Pukul Yang Manjah Kali Yeee!. Malas nak ulas.

Mungkin ada yang cakap aku paranoid atau delulu. Terserah. Ini hidup aku yang sedang kalian persoalankan. Jadi terserah aku lah apa aku nak buat dengan hidup aku. Alhamdulillah, aku masih bahagia even aku tidak bersuami. Alhamdulillah, aku masih ada ibu yang mendoakan aku, ada adik adik yang crack head, ada cousins aku yang super duper cute and Alhamdulillah, I am so grateful. 

I am honestly, genuinely happy without a husband. Thank you for the extra care yer. But no thanks.


Adios!

Saturday, January 20, 2024

Perginya Atuk Yang Tak Akan Kembali

 Bismillah

13/01/2024 bersamaan 1 Rejab 1445h - Telah kembalinya seoranng Atuk kepada Penciptanya.

Atuk ditemui oleh nenek terbaring di dapur. Sebelum berkumandangnya azan subuh. Mungkin Atuk nak ke tandas seperti biasa. Walaupun dah pakai pampers tapi mungkin juga atuk lupa. Atuk selalu juga jatuh tapi Atuk akan menjerit meminta bantuan sebab Atuk tidak mampu lagi berdiri dengan sempurna. Tapi tidak hari itu. Senyap.

Pada usia 89 tahun, Atuk meninggalkan kami. Pergi buat selamanya, Kembali kepada Pencipta yang Maha mengetahui. Perancang yang sempurna. 

On the day of the funeral, aku sedih, aku juga nangis. Sama macam orang lain yang kehilangan. Tapi aku bersyukur sebab i can be part of the funeral. Aku dapat mandikan jenazah Atuk. Aku dapat bersihkan kaki Atuk yang berkedut. Semasa menyuci tu aku perasan ada luka di celahan jari. Kasihan Atuk saya. Aku juga dapat melihat the whole process of mengkafankan Atuk. Walaupun aku sedikit menggigil. Muka Atuk sangat sangat tenang. Especially bila dipakaikan turban haji. Allah, kacak Atuk saya. Bersih.

Alhamdullilah, the funeral went well and fast. Allah mudahkan semuanya. Cuaca pun tak hujan dan tak terlalu panas masa funeral tu. 

Dear Allah, 

Sesungguhnya yang hidup itu akan mati. Itu pasti. Aku redha and ikhlaskan Atuk pergi. Kesian Atuk, penat dengan dunia yang bukan bukan ni. Tapi aku mohon Ya Allah, lapangkan kubur Atuk, Ayah dan Paklang, haramkan api neraka dari menyentuh mereka Ya Allah. Pertemukan kami sekeluarga di syurgaMu. 

Till then, be with me Ya Allah. Help me so then later i will see all the people i love in heaven.


~ Bai ~