Thursday, January 5, 2012

SATU LAGI KISAH CINTA...

SELAMAT MALAM DUNIA,
Satu lagi kisah cinta yang menyedihkan....Aku bukan sedih sebab lelaki yang ditinggalkan dan dikecewakan,aku cuma sedih bagi si perempuan yang meninggalkan.
Kenapa plak aku cakap camtu???  sepatutnya aku kena sedih kat lelaki tu kan???
Jawapannya, sedih sebab perempuan tu tak tau apa yang telah dia tinggalkan, tak tau apa yang telah dia hilang...Aku sangat kesiankan perempuan tu...
wahai temanku,
Kau telah hilang kekasihmu...kau telah hilang lelaki yang menyayangimu seikhlas hati, seorang lelaki menyayangimu lebih dari dirinya sendiri, seorang lelaki menyayangi dan menerimamu apa adanya, mencintaimu sepenuh hatinya, seorang kekasih yang mencintaimu dan menyayangimu spenuh hatinya....kesiannya kau, aku sangat kesiankan kau...
Kau kata die berubah. Apa yang berubah?? sikapnya??? fizikalnya??
Memang dia berubah tapi dia berubah untuk menjadi yang lebih baik, berubah menjadi seorang lelaki yang lebih bertanggungjawab, menjadi seorang mukmin yang sejati, dia ingin menrendahkan dan menyerahkan dirinya kepada ALLAH....salahke????
Tidak sedarkah kau yang dia lah kekasihmu yang bakal memimpinmu menuju kebenaran, dialah lelaki yang akan menjaga maruahmu, yang akan bersamamu menuju redha ALLAH....kau ada dia disisimu, kau ada emasmu bersamamu tapi sayangnya kau tak nampak emas itu yang kau nampak kilauan emas yang jauh, yang belum tentu milikmu....emas itu mungkin palsu, tampak cantik tapi mungkin pudar warnanya suatu hari nanti dan bila masa itu tiba aku pasti kau akan menyesal...menyesal kerana kau telah meninggakan emas yang sebenar...maafkan aku wahai teman, aku sangat kasihankan kau...aku sedih untuk kau....sedarlah wahai teman

Wahai emas,
Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik
Lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat dan perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat
Jangan pernah menyalahkan takdir, jangan pernah menyalahkan diri sendiri, tiada sesiapa pun yang perlu disalahkan, semua ni ujian Allah kepada hambaNya. Sebaliknya, bersyukurlah kerana Allah masih menyayangimu, Allah masih bersamamu dan Allah masih mengingatimu. Lebih baik kau bersyukur dari kau mengeluh dan mengaduh...
Allah takkan beri hambanya sesuatu dugaan itu andai hambanya tak mampu hadapi dugaan tersebut. Bersabarlah dan dekatkan dirimu kepadaNya. Percaya padaku, kau akan lebih tenang dan lebih kuat, InsyaAllah...Allah menjanjikan sesuatu yang sangat manis untukmu, jika bukan di dunia yang sementara pasti di akhirat kelak, aku pasti itu
Wahai emas,
Lebih baik kau serahkan kasih sayangmu itu pada Allah, serahkan cintamu yang suci itu sepenuhnya pada Allah, serahkan hati dan jiwamu pada Allah, serahkan dirimu pada Allah. InsyaAllah, dengan izinNya, Dia akan serahkan cinta dan kasihmu pada perempuanmu, kepada hawamu.....perempuan itulah jodohmu, perempuan yang akan bersama sama mu sehingga syurga Allah kelak...InsyaALLAH...




notakaki: "sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang trbaik dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri...seandainya seseorang itu hanya dpat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah..maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan..."
-Imam Hasan al Basri-

No comments: