Monday, January 30, 2012

DEDICATED TO MY BFF!!!

Salam dunia!!!!
This post is wrote for my best friend...
To Cik Zura Atika binti Zolsani >_<"
Malu nyer nk tulis post ni...hehe..malu sangat nih tapi nak tulis gak..
Saya nak ucapkan happy birhday kat kau yang ke 20, semuga murah reeki and panjang umur, diberikan kesihatan yang baik....jodoh yang baik..errrrr,ok bai,ko da mengarut nih
     Aku nak ucapkan terima kasih sangat-sangat sebab kau sudi jadi kawan baik dak sememeh cam aku...Seorang sahabat seperti kau memang susah nak cari. Kita share banyak benda sama-sama. Ingat tak kita pernah buli dak perempuan kat bilik persalinan??? then masuk bilik disiplin satu kelas except jejaka-jejaka terhangat 4 orang ue. Ingat tak kita cabut kelas and lari dari ustaz Radhi???kita tipu nama sama-sama...akhirnya aku tertangkap jua, tak sempat nak lari...bila waktu rehat kita beli kuih renyuk then letak sambal banyak2 then makan kat kelas, ada dak perempuan tu bila makan mesti jatuh kat baju sambal ue...kelakar tauuu!!!!
     Ingat tak kita pernah naik motor bertiga???takde siapa nak ngurat tawuuu!!!jatuh market aku, tu yang takde boipren sampai skang nih...kita sambut birthday ko kat dewan, makan aiskrim coklat sesame,
paling best kita main  baling selipar dengan adik2 kau..best giler moment ue...camping, bbq, terlalu banyak kenangan kita bersama sampai aku takut nak pikir apa akan jadi dengan aku bila kau takde dengan aku..
     Satu peristiwa yang aku takkan lupa mungkin sampai aku mati masa kau menangis kerana aku, pada hari aku sangat-sangat sengsara, sangat-sangat sakit, kau ada dengan aku dari mula sampai akhir, masa ayah aku tinggalkan aku untuk selamanya, kau ada bersama aku, menangis bersama aku, kau pegang tangan aku dan cuba bagi aku kekuatan melalui pegangan erat kau. Masa tu aku sangat sengsara Zura tapi kau ada dengan aku, bersama aku tanpa bosan, waktu tu aku sedar yang kau sahabat aku dunia akhirat, kau bukan sahaja doakan aku malah kau doakan arwah ayah aku dengan bacaan yassin. Saat aku tak kuat dan aku jatuh pengsan melihat jenazah ayah di bawa pergi, sebelah aku ada kau, kau peluk aku, kau bagi aku semangat sedangkan Allah je yang tau apa aku rasa waktu tu.....terima kasih sebab sudi brkongsi susah and senang dengan aku...
     Maafkan aku andai selama ni aku menyakitkan hati kau, aku minta maaf sangat-sangat, aku mintak halal semua yang pernah kau bagi kat aku..maaf andai aku tak sempurna sebagai seorang sahabat pada kau, aku sayang kau Zura...




     Aku sangat bersyukur padaMu YA  ALLAH kerana kau telah memberikan aku seorang sahabat yang sangat sempurna, sedangkan aku tak layak, aku sangat bersyukur, aku mohon YA ALLAH, kau jagalah dan peliharalah persahabatan kami, berkati dan rahmati persahabatan kami, kekalkan dan teguhkanlah persahabatan ini YA ALLAH...sesungguhnya aku amat menyayangi dia TUHAN...aku sangat menyayangi sahabatku Zura Atika Zolsani....semoga ALLAH kekalkan perhubungan ini, persahabatan ini sehingga syurga...sayang kamu!!!












notakaki : hadiah hari jadi kau...aku nak satu dunia tau ko sahabat aku...hehe (>_<)"...malu lagi

No comments: