Assalamualaikum peminat-peminatku.....(BAJET! BAJET! konon ada peminats -_-' )
Malam yang indah ni aku nak share suatu kisah yang menyayat hati. Agak sadis dan kejam. AMARAN! kepada ibu mengandung, pesakit jantung atau penagih coki-coki yang tegar untuk tidak membaca entry ini. Aku ulang lagi sekali, JANGAN!!!
Sebenarnye takde larh sadis sangat, takde kena mengena pun dengan yang hidup ataupun pesakit kencing manis. Lebih-lebih lagi penggemar sup ekor....(melalut-melalut....)
Semua manusia normal mesti ada masalah dalam hidup. Tak kisahla masalah dengan family, girlpren or boipren, mungkin masalah rumah tangga, rumah mentua, rumah jiran, rumah anak2 yatim atau mungkin rumah kedai. Masalah tu memang takkan habis selagi kita ni bernama manusia. Cuma bezanya, kita mengalami masalah yang berbeza DAN cara tangani masalah tersebut yang berbeza.
ADA satu kisah yang aku dengar dari seorang kawan. Dia mengalami masalah dengan keluarga die. In the same time, Dia clash plak dengan girl Dia yang die sayang sangat. Jalan mudah, die amek dadah. Sekali je boleh di maafkan lagi tapi Dia keep amek those things tiap kali Dia ada problem or stress. Jujur and ikhlas dari hati,aku kesian dengan die, kesian sangat. Dia dah jauh, sangat jauh dari jalan yang sepatutnya. Sangat jauh. Aku nak tolong Dia tapi mungkin Dia tak langsung ditolong. Apa aku boleh buat kan???
AKU juga mengalami masalah yang sama. Cuma aku bukan putus cinta cuma kasih yang langsung tak berbalas. Masa tu, aku jadi macam orang gila. Langsung tak peduli dengan benda lain. Aku jadi bodoh sebab aku sangka aku ok. Rupanya tidak. Akhirnya aku menangis mengenangkan kebodohan sendiri, menangis kerana menahan sakit hati dan sebak yang melampau. Masa tu aku rasa sakit sampai tak mampu bernafas, sakit sangat. Sakit sampai aku rasa yang aku sanggup mati dari rasa and tahan rasa sakit ni.
Tapi aku tak cuba cari pasal dengan mencari penyelesaian masalah yang sementara. Macam dadah, arak, lumba haram, and other things yang tak berapa nak sihat. Gembira dan seronok tu sekejap je. Sementara...
CARA aku, "KEMBALI PADA ASAL". Aku mula solat lima waktu yang sebelum ni rongak2, ikut mood nak solat ke tak. Aku mula dekatkan diri aku dengan Al-Quran, mendekatkan diri dengan DIA yang tak pernah tinggalkan aku walaupun aku selalu lupa DIA.
Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Di saat aku lemah, DIA tiupkan angin kekuatan, di saat aku jatuh, DIA bantu aku bangun, di saat aku menangis kepenatan dan putus asa dengan hidup, DIA memberikan aku harapan baru. DIA memberikan aku hidayah dan petunjuk di saat aku sesat. DIA memberikan aku ketenangan di saat aku kusut. DIA memberi cahaya di saat jiwa ini gelap. DIA memberikan aku segalanya walaupun aku tak pernah menjadi seorang yang sepatutnya. DIA memberi kasihNya di saat aku hilang kasih yang belum pasti milikku, kasih yang ku kejar, kasih yang bukan milikku.
Aku beruntung, aku bernasib baik. Walau satu dunia tinggalkan aku. ALLAH itu sentiasa ada bersama aku. Tidak pernah tinggalkan aku.
No comments:
Post a Comment