salam dunia,
selamat hari bapa kepada semua insan yang bergelar bapa. Kepada sesiapa yang masih mempunyai bapa di bumi Tuhan ni, hargailah die selagi terdaya. Pengorbanan mereka kepada kita terlalu banyak sehingga tak mampu dibayar walaupun berjuta wang ringgit kita berikan.
Kepada bapa mereka yang telah tiada, sedekahkan mereka al-fatihah apabila terkenangkan mereka, tak susah kan???
dear daddy,
selamat hari bapa my dearest daddy, i love you with everything inside of me. i miss you at every breath that i breath. akak tak mampu nak bagi ayah present yang besar or mahal like new car, jam yang harga beratus-ratus ringgit, kain pelekat or baju batik import khas dari kelantan or terengganu, cause akak xde duit sebanyak tu, but if those things will make you happy, akak sanggup wat everything to make you happy and see your smile everyday.
tapi...if akak ada segalanya sekalipun, i still cant never give you all those things cause ayah dah tinggalkan akak tanpa sempat akak reply semua jasa ayah. akak tau yang sampai akak mati pun akak takkan mampu untuk balas semua pengorbanan yang ayah lakukan untuk akak dan adik2. dan itu yang membuatkan akak rasa sangat terkilan. satu-satunya perkara yang akak kesalkan sampai ke hari ni. akak tak sempat nak bagi ayah tengok akak berjaya. akak tak sempat nak wat ayah rasa bangga dengan akak. akak pernah berazam untuk bahagiakan ayah apabila akak dewasa, ada duit sendiri, saat akak tengok kesungguhan ayah turun ke laut, meredah ombak laut yang tak tentu kekuatnya, semata-mata untuk mencari walau secubit rezeki Allah yang melimpah, hanya untuk anak-anak. dan akak sangat tahu betapa payahnya untuk membawa rawai-rawai dan ikan pari yang ayah tangkap. Tuhan saja tau betapa sayunya hati akak saat melihat keadaan ayah yang sedemikian. namun Allah tahu segalanya.
telalu banyak perkara yang akak nk wat bersama-sama ayah. tapi Allah lebih sayangkan ayah daripada akak, so He was taking you from us. but ayah jangan risau, akak redha and akak terima qada' qadar Tuhan. akak dah janji ngan ayah yang akak akan jaga ibu and adik2 kan???and i'll do it walaupun terpaksa korbankan diri akak sendiri. cuma...akak sangat rindukan ayah, sangat sangat rindukan ayah. akak rindu bila ayah usap kepala akak, akak rindu saat ayah panggil akak 'anak ayah'...akak ridu nak masakkan ayah, rindu nk tengok ayah makan lempeng dengan susu, rindukan saat ayah usik ibu, akak terlalu rindukan ayah...tiada siapa yang mampu gantikan ayah di hati akak sampai hembusan nafas akak yang terakhir....kerana ayah are the best father ever...love you dad!
notakaki: dari Allah kita datang dan kepada Allah kita pulang...al-fatihah
No comments:
Post a Comment